≡ Menu

Lemon Dan Barli! Kombinasi Enak Untuk Menurunkan Kolestrol!


Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Turunkan Kolesterol dan Berat Badan
Gaya hidup tidak sihat seperti makan makannan tinggi lemak, jarang bersenam, ketagihan rokok menjadi faktor utama kuat penyebab tingginya kolestrol.

Masalah kolesterol tinggi dah jadi macam masalah biasa sekarang. Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon.

Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan kolesterol tapi juga kurangkan berat badan. Minum segelas kolesterol turun berat badan pun makin kurang. Best kan.

Amalkan segelas sehari

Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bahan-bahannya

BACA:  50 Tahun Solat Subuh Dengan Wudhu' Yang Diambil Pada Waktu Isya' Sebelumnya. Subhanallah

3 sudu besar
Biji Barli
2-3 sudu kecil madu
3 gelas air1 hirisan lemon
Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

Cara-caranya simple sangat

Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
Kemudian sejukkan.
Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan.

BACA:  3 Makanan Ini Mampu Tingkatkan Sistem Imun Badan

Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya :

Menyejukkan badan.
Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
Mengawal gula dalam darah.
Mencegah jangkitan saluran kencing.
Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi.

Lebihan barli boleh di buat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja.Okey. Selamat mencuba.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel