≡ Menu

Leka Main PUBG, Orang Hina Kaabah Pun Tak Perasan. Apa Nak Jadi?


Permainan yang sangat popular dan terkenal kontroversi Player Unknown’s Battleground atau PUBG telah meimbulkan rasa tidak puas hati serta kemarahan umat Islam apabila menghasilkan ‘kotak hadiah’ yang menyerupai Kaabah.

Apa yang anda lihat? Banyak lagi kan bentuk kotak yang mereka boleh buat. Photo: i1.wp.com
Reka cipta yang dipilih oleh syarikat permainan dari Korea Selatan itu lebih mendatangkan kejengkelan memandangkan latar belakang permainan tersebut menjurus ke aras kegan4san, melibatkan senjata untuk memb_nuh. Lebih kurang ajar ialah kotak berupa ‘Kaabah’ itu boleh ditemb4k oleh senj4ta.

Macam tidak ada benda lain hendak dibuat.
PUBG yang sangat popular ini telah diharamkan di beberapa bandar di India bagi melindungi anak–anak daripada perilaku g4nas. Difahamkan ramai yang ditahan kerana bermain permainan tersebut.

Sebagai tindak balas, pemain-pemain game dari kalangan Muslim melancarkan kempen #boycottPUBG di twitter. Berikut adalah antara tweet yang sempat kami rakamkan.

BACA:  Recep Tayyip Erdogan: AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel menjadikannya rakan kongsi dalam pertumpahan darah

Mesum Patel

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

@mesumpatel
#BOYCOTTPUBG I strongly condemn this game. All Muslim should BOYCOTT this game. Due to its new update in which they have shown gift create which looks like our Holy Kabba in this game and people are aiming that target which is purely an act of terrorism

Banyak pemain dan peminat game telah memadam permainan tersebut, malah terdapat petisyen yang mendesak permohonan maaf oleh syarikat yang mengasaskan permainan itu.

Farrukh Mehmood

@Farrukh63112053
Pls uninstall this game who used it. Its promoting violence towards Islam. It reflects the image of our holy masjid the most sacred place on earth that is Ka’aba(Makkah).#boycottPUBG

3:05 PM – Mar 22, 2019

Selepas ratusan hantaran kemarahan diterima, PUBG Mobile telah mengambil tindakan mengubah reka bentuk kotak hadiah tersebut serta mengambil pendekatan memohon maaf secara terbuka.

Tidak dapat dipastikan sama ada reka bentuk yang menyerupai Kaabah tersebut benar–benar disengajakan. Tidak hairan juga jika mereka sengaja kerana Korea Selatan yang terdiri daripada peratusan besar penduduknya yang beragama Kristian merupakan antara hub misionari terbesar dunia yang memiliki sentimen Islamofobia.

BACA:  Inilah Besarnya Syafaat Selawat Ke Atas Nabi. Hadis-Hadis Ini Membuktikannya

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, gerakan 4nti Muslim Korea melarang pembinaan surau bergerak untuk kemudahan pelancong-pelancong muslim.

Baru – baru ini, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa agar permainan PUBG diharamkan oleh pihak berkuasa kerana “membentuk generasi muda yang menyukai aktiviti gan4s. Namun tidak diketahui apakah perkembangan terbaru berkaitan hal berkenaan.

Kepada muslim, kalau mahu bermain game apa sekalipun, harap-harap lebih sensitif jika mereka cuba menghina agama kita secara halus. Bukan itu saja, kita dilalaikan dengan permainan yang sedemikian dan ada yang menyebabkan perselisihan dalam rumahtangga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel