≡ Menu

Lapangkan Rezeki Dengan Mengamalkan 1000 Zikir Ini Setiap Hari!


Rasulullah SAW banyak mengajar bacaan dzikir kepada umatnya untuk diamalkan. Salah satunya adalah dzikir “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” yang bermaksud “Tiada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata”.

Imam Al Baghdadi dalam kitab hadits Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik, Perawi Abu Nuaim meriwayatkan dari Sahabat Ali Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ
Yang Bermaksud:

“Barangsiapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359)

Amalkan zikir seperti yang dinyatakan 100 kali setiap hari
Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya menjelaskan,

BACA:  Khusyuk Dalam Solat Itu Rezeki, 13 Cara Ini Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah

“La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Ka‘bah. Sesiapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah”

Imam Abu Bakar bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam kitab Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in juga menerangkan:

وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة
Tersebut dalam banyak hadith sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksudkan ialah “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” setiap hari sebanyak 100 kali.

BACA:  Cara Yang Betul Untuk Bersama Suami Ketika Uzur. Indahnya Rumahtangga

Kalimat La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin, ada tertera di pintu kaabah
Banyak Syaikh yang melazimkan dzikir ini saat di antara solat sunnah Subuh dan solat Subuh. Jika kesempatan itu tak memungkinkan, maka mereka akan membacanya setelah solat Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.

Jika di waktu itu luput juga, maka bacalah setelah matahari gelincir (penanda masuknya waktu Zohor). Kalau boleh setiap hari tiada sesiapa yang gagal membaca zikir ini.

Rezeki yang dimaksud dalam hadith di atas menrangkumi rezeki dzahir dan batin. Maksudnya, tidak ada salahnya jika dzikir yang agung ini diamalkan oleh umat Islam. Yang jelas, amalan ini menambahkan pahala yang berkaitan.

Marilah sama-sama kita amalkan zikir sangat mudah ini dan semoga bermanfaat. Wallahu A’lam.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel