“Bayangkan otak anda di penuhi telur telur cacing”.
Ya itu boleh terjadi sekiranya anda GAGAL menjaga kebersihan. Kes unik ini telah mendapat perhatian seluruh dunia dan telah di laporkan didalam Journal perubatan yang terkenal New England Journal of Medicine.
Seorang remaja berumur 18 tahun dari Faridabad, India sedang melakukan aktiviti hariannya tiba-tiba rebah. Saksi menyatakan beliau mengalami kejang otot pada tangan dan kakinya. Giginya tertutup ketat, kelopak mata terbuka dan mata memandang ke atas dan tidak sedarkan diri. Buih buih keluar dari mulut.
Beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan dan ujian telah dilakukan. Ujian scan otak menemui penemuan yang sungguh mengejutkan.
Setelah diperiksa melalui ujian MRI, Doktor mendapati bahawa terdapat banyak bintik-bintik putih aneh yang dilihat di filem disahkan merupakan telur-telur cacing pita yang telah bersarang di otak remaja tersebut. Hasil pemerhatian lebih lanjut menunjukan bahawa ia adalah telur cacing pita jenis Taenia solium. Bintik-bintik putih itu sahaja di ditemui otak, telur cacing pita itu juga ditemui di mata dan buah zakar remaja terbabit.
Doktor di hospital ESIC Medical College turut menolak untuk melakukan pembedahan kerana jumlah telur cacing yang terlalu banyak memenuhi ruang otak akan menjejaskan kesihatan tubuh badan selain keradangan sekaligus membuatkan kesihatan diri semakin terjejas dengan cepat.
Dr. Nishanth Dev dan Dr. S. Zafar Abbas melaporkan bahawa remaja tersebut datang ke hospital dengan menyatakan bahawa mata kirinya bengkak selain sering mengalami kekejangan otot sehingga dia tidak sedarkan diri.
Doktor telah memberikan ubat radang dan remaja tersebut diarahkan pulang. Namun malangnya, beliau gagal di selamatkan dan meninggal dunia selepas dua minggu menerima rawatan.
Mengapakah cacing pita boleh bersarang di otak mangsa ini? Faktor sanitasi dan kebersihan.
Memakan daging yang dijangkiti parasit ini juga menyebabkan taeniasis. Telur cacing pita ini merebak ke dalam tubuh seseorang akibat daripada memakan daging yang tidak dimasak dengan matang. Remaja malang berkenaan sebelum ini dikatakan amat gemar memakan daging babi separuh masak.
Langkah pencegahan taeniasis/sistiserkosis:
- Kebersihan makanan adalah penting
- basuh tangan dengan sabun setiap kali menggunakan tandas
- penyediaan makanan. (Telur akan mati dengan kesejukan -20°C selama 1–3 days)
- Memasak daging sekurang-kurangnya hilang warna merah jambu pada suhu 60-65°C. Orderlah welldone untuk lebih selamat.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel