≡ Menu

Kunyah 40 Kali, Adakah Ia Sunnah Baginda Rasulullah?


Mungkin anda pernah mendengar anjuran makan secara perlahan dan mengunyahnya dengan penuh tata tertib. Ada juga yang menyandarkan mengunyah makanan sebanyak 40 kali merupakan sunnah yang boleh diikuti.

Namun, adakah betul ia merupakan sunnah Baginda dan wajarkah ia diikuti? Menurut Imam Al-Nawawi RA berkata, tiada dalil yang sahih daripada Baginda atau para sahabat berkenaan perkara ini.

لم يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بتصغير اللقمة، ولا بتدقيق المضغ قبل البلع

Maksud: “Tiada dalil yang sahih daripada Baginda SAW yang memerintahkan supaya makanan dikecilkan atau dengan suapan yang banyak.” (Sahih Ibnu Hiban, no. 4872)

BACA:  Betul Ke Makan Cili Boleh Sebabkan Appendiks? Baca Penjelasan Doktor
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, anjurannya di sini ialah makanan yang masuk ke mulut perlu dikunyah dan tidak boleh makan begitu sahaja bagi memudahkan penghadaman dan juga untuk mengelakkan masalah perut.

Malah, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan lelaki mendapati bahawa mereka yang mengunyah makanan lebih lama berbanding yang mengunyah sekejap dan terus menelan (kurang dari 15 kali) boleh mengelakkan obesiti dan kalori makanan akan berkurang.

Tempoh mengunyah makanan dengan lebih lama membolehkan ia bercampur dengan air liur secara baik. Ia penting bagi membantu melicinkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus serta menyumbang kepada proses penghadaman melalui enzim yang ada.

BACA:  Saintis Menemukan Individu Berdarah A Lebih Cenderung Dijangkiti Covid-19.

Oleh itu, amat dianjurkan untuk mengunyah makanan dengan baik dan lama bagi membantu proses penghadaman.

Antara adab makan yang diajar oleh Baginda SAW adalah:

#1 – Mulakan dengan Bismillah
#2 – Menggunakan tangan kanan
#3 – Menjilat jari selepas makan
#4 – Membaca doa Selepas makan

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel