≡ Menu

KTM Menghentikan Beberapa Tren Antara Bandar Dan Negeri Bagi Mencegah Penularan Covid-19


KUALA LUMPUR: Mulai esok, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara negeri dan bandar ekoran perkembangan terbaharu wabak COVID-19.

Pegawai Eksekutif, Datuk Kamarulzaman Zaman, berkata hanya dua perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan dua perkhidmatan KTM antara bandar akan beroperasi setiap hari, berbanding lapan sebelum ini.

“Perkhidmatan Ekspress Rakyat Timuran, Ekspress Selatan dan Shuttle Tebrau dihentikan sepenuhnya sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA:  10 Gambar Yang Membuktikan Kekuasaan Allah Dalam Fenomena Alam! Subhanallah

“Operasi KTM Komuter pula akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan utara.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Tren Skypark Link antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang juga dikurangkan separuh kepada empat larian sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarulzaman menjelaskan, perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan setelah mengambil kira keperluan khusus seperti penghantaran bahan perubatan dan makanan.

BACA:  Benjolan Pada Dada Dan Perut Bayi? Awas!

“Ia termasuklah pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terbabit dalam penguatkuasaan perintah ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, penumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerus laman sesawang, www.ktmb.com.my.

“Maklumat semasa juga boleh didapati di sesawang itu atau berhubung dengan Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel