≡ Menu

Kisah Pemilik Pohon Kurma Yang Tertulis Di Dalam Al-Quran


Diceritakan dalam sebuah riwayat oleh Ibnu Abi Hatim dan dinukilkan dalam hadis riwayat Bukhari – ada sebuah kisah antara Baginda SAW dengan seorang pemilik pohon kurma.

Diceritakan bahawa pada zaman Baginda SAW terdapat seorang pemilik kurma yang memiliki beberapa batang pohon kurma dengan buah yang sangat lebat dan daunnya yang menjalar.

Beliau merupakan seorang yang sangat kedekut dan bimbang jika buah kurmanya akan dipetik oleh orang yang lalu lalang di situ atau jiran tetangganya. Disebabkan itu, beliau selalu memetik buah kurma yang menjalar ke dalam halaman rumah jirannya.

Walau bagaimanapun, beberapa orang anak kecil jiran tetangganya telah mengambil beberapa buah kurma yang telah gugur ke dalam halaman rumahnya.

Kejadian itu disedari oleh pemilik kurma tersebut dan beliau telah memarahi anak-anak kecil itu seraya menyuruh mereka memulangkan kembali buah kurma yang telah dikumpulkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Anak-anak kecil itu datang daripada keluarga fakir yang jarang-jarang sekali mendapat makanan yang banyak. Rentetan daripada peristiwa itu, mereka berasa amat sedih lalu diadukan hal tersebut kepada Baginda SAW.

Baginda segera mengunjungi rumah pemilik kurma tersebut dan menawarkan tawaran yang tidak ternilai kepadanya di syurga, iaitu pohon kurma yang banyak dan menjalar buahnya yang lebih baik di sana sebagai ganti jika kurma-kurma yang diambilnya tadi diberikan kepada anak-anak fakir.

Walau bagaimanapun, beliau tidak sudi menerima tawaran tersebut kerana sayang dengan hartanya yang ada sekarang dan menganggap bahawa pohon kurmanya di dunia adalah lebih baik daripada di syurga kelak.

Kejadian ini dilihat oleh seorang dermawan lalu dia bertanyakan tentang tawaran pohon kurma tersebut kepada baginda – adakah jika dia berbuat kebajikan dengan memberi anak-anak fakir miskin itu makan, maka tawaran itu sama ke atasnya.

Baginda SAW mengiyakan pertanyaan tersebut dan dia telah mencari cara untuk membeli pohon kurma tersebut daripada pemilik pohon kurma yang bakhil tadi.

Disebabkan peristiwa ini, maka turunlah ayat daripada surah Al-Lail, iaitu 6 hingga 9 dan 17 hingga 21. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa ayat yang turun adalah daripada 5 hingga 10. Wallahu a’alam.

وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ
فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ
وَأَمَّا مَن بَخِلَ وَاسْتَغْنَ
وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَىٰ


Mafhum: “Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya, Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mndustakan perkara yang baik.” (Surah Al-Lail, 92:6-9)

BACA:  Jangan Sesekali Tampar Anak. Bahaya Tau Tak?

وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ
وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَىٰ
إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَىٰ
وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ
Mafhum: “Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya. Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas. Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkannya).” (Surah Al-Lail, 92: 17-21)

Kesimpulan
Penawaran yang diberikan Rasulullah SAW kepada umatnya menunjukkan, sejauh mana kekayaan yang dikecapi di dunia, adalah ujian daripada Allah sama ada seseorang itu akan bersyukur atau menjadi semakin kufur.

Malah, kekayaan yang ditawarkan Allah di syurga kelak adalah jauh lebih baik berbanding dengan yang dikecapi sekarang. Oleh itu, jangan takut untuk memberi kerana dengan memberi itu menjadikan kita seorang hamba yang lebih bersyukur.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel