≡ Menu

Kisah Iphone Hilang – Salah Guru, Mentaliti Kita Atau Salah Sistem?


Sedihnya bila dengar kisah adik M.Vasanthapiriya yang meninggal dunia kerana membunuh diri akibat dituduh mencuri henfon cikgunya. Saya tak-nak bercakap panjang mengenai apa yang kita patut buat pada cikgu berikut sebab beliau akan bawa sampai mati tanggungjawab membantu membunuh anak murid yang tak bersalah.

Apa yang saya nak kongsikan, adalah benda yang dah lama ada tapi kita tak berani nak cakap apa-apa atau malas nak tegur, iaitu sikap rasis dikalangan segelintir kecil tenaga pengajar dan ibu-bapa. Bukan semua, tapi ada golongan kecil yang buat begini dan kita biarkan. Untuk sahabat yang berbangsa melayu, mungkin anda tak perasan tapi untuk sahabat berbangsa lain, mungkin anda sendiri pernah merasa.

Mentor saya yang berbangsa cina, baru baru ini berkongsi kisah hidup beliau dengan saya. Sewaktu beliau berumur 7-8 tahun, cikgu beliau akan memanggil sesetengah pelajar cina di sekolah beliau termasuk la beliau, dengan panggilan “babi-kotor” sebab beliau fikir semua pelajar cina, tak mandi pagi. Waktu tu beliau tak rasa benda ni rasis ( budak umur 7-8 tahun masih suci, kawan baik beliau pun org melayu ). Mandi atau tidak bukan persoalan penting, apa yang penting patutkah kita terima perangai cikgu begini sebagai tenaga pendidik?

Saya sendiri pun pernah kena dan ini adalah punca kenapa saya benci keturunan india saya. Sewaktu saya di SEMESTA di RAUB, ada cikgu pada tahun 1994-1995 ( nama beliau Cikgu Rafi kalau tak siap saya ) yang memanggil saya “keling” semata-mata kerana saya separuh india, separuh melayu. ( sebab tu la rupa hari ni macam bangla ). Bila murid murid lain nampak tenaga pengajar menggunakan ayat begini, anda rasa mereka akan ikut tak? 6 bulan saya dibuli, dipanggil “keling” oleh pelajar pelajar lain. Saya tak tahan, menangis merayu kat ibu-bapa saya suruh bawak saya keluar dari neraka tu. Sekolah berasrama penuh yang sepatutnya ada pelajar dan cikgu terbaik di Malaysia, menjadi neraka untuk saya. Bila bapa saya suruh belajar bercakap bahasa tamil, saya fobia tak mahu sebab teringat kenangan dihina oleh cikgu dan pelajar. Kami tak report beliau waktu tu sebab fokus adalah nak pastikan saya keluar dari sekolah tu secepat mungkin.

BACA:  Petanda Umat Akhir Zaman, Masya'Allah. Selamatkanlah Kami
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada rakan sekerja saya ( yang berbangsa cina) yang berkongsi, yang ibu beliau selalu berpesan kepada cucunya jangan dekat dengan sesiapa yang berkulit hitam. Sebab biasanya mereka yang berkulit hitam ni jahat dan suka mencuri. Saya dengar pun marah.

 

Dan baru-baru ini, adik M.Vasanthapiriya dituduh mencuri iphone. Saya tak tahu kalau bangsa beliau merupakan punca kenapa beliau dituduh, tapi beliau tak buat dan adik ni pilih untuk bunuh diri. Ya, anda akan salahkan ibu-bapa beliau kenapa tak ajar anak betul betul etc, tapi dia cuma umur 15 tahun. Saya pun pernah dituduh mencuri walaupun saya tak buat, sehingga hari ni saya ingat perasaan tu. Sikit pun saya tak lupa.

Mungkin sesetengah tenaga pengajar dan ibu-bapa, lupa yang apa yang mereka cakap ada impak besar kepada pelajar tersebut dan pelajar lain sampai la mereka besar. Dan ingatla pekerjaan pengajar, adalah pekerjaan yang ada authority atau kuasa. Bila cikgu tuduh pelajar mencuri, pelajar lain memang akan beranggapan yang 100% pelajar tersebut mencuri. Kalau cikgu sendiri memanggil pelajar dengan perkataan keling dan babi-kotor, pelajar lain akan tengok dan rasa mereka pun boleh cakap sebegitu. Tanggungjawab tenaga pengajar adalah sangat besar dan berat.

Mentor saya yang dipanggil babi-kotor, hari ini bakal jadi billionaire. Beliau ajar budak melayu macam saya buat bisnes, walaupun yang panggil beliau ayat bangsat begitu, adalah orang melayu. Saya sekarang ada beribu pelajar yang belajar ilmu hartanah dan kewangan dari saya, tak kira bangsa agama. Mentor mentor saya, ramai yang bukan melayu tapi merka tak kisah langsung berkongsi ilmu. Tapi adik Vasanthapiriya, tak begitu bernasib baik, semata mata sebab handphone. Beliau lebih rela mati dari dituduh oleh cikgu dan pelajar lain sebagai pencuri, seumur hidup.

BACA:  Pastikan Baki Kad Touch And Go Anda Mencukupi, PLUS Menutup Kaunter Dan Laluan Tambah Nilai

Kita hari-hari jerit-gebang konsep bangsa-Malaysia atau bangsa-Johor, tapi ada segelintir kecil tenaga pengajar dan ibu-bapa kita sendiri rasis. Murid murid tengok pengajar dan orang dewasa rasis, akan membesar dengan pemikiran its okay to be racist. Bila kita nampak percakapan berbaur perkauman begini, dan kita biarkan, kita seolah-olah mengalakkan perbuatan begini. Sampai bila kita nak biarkan tenaga pengajar rasis begini dalam sistem pendidikan kita yang bakal melentur anak-anak kita kelak?? Pengajar yang rasis, bagi saya tiada tempat dalam dalam sistem pendidikan kita langsung.

Ini apa yang saya mampu nak kongsi selepas bertahun berdiam diri. Saya tak mahu berdiam sebab ianya menggalakkan lagi penaga pengajar rasis bermaharaja -lela dalam sistem pendidkan kita. Saya dan mentor saya, faham yang seorang rasis bukannya mewakili seluruh bangsa beliau. Tapi ada yang akan beranggapan semua orang melayu, rasis dan mereka membesar membenci orang melayu.

p/s : MAJORITI tenaga pengajar kita bukan rasis, malah ada ramai je yang elok dan sangat bagus. Saya cuma ada satu permintaan, mohon anda jangan berdiam diri bila nampak tenaga pengajar atau ibu-bapa lain yang rasis dan bersikap perkauman. Speak up if you think its the right thing to do. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Masa depan generasi baru Malaysia, semuanya dalam tangan kita semua.

Sumber: Faizul Ridzuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel