≡ Menu

Khasiat Zafran Yang Anda Mungkin Tak Percaya! Rupa-Rupanya Ada Ubat Untuk…


Safron merupakan salah satu daripada rempah ratus yang sangat berharga, mahal dan terkenal di seluruh dunia, kerana warna, rasa dan khasiat perubatannya. Anda mungkin tertanya-tanya, khasiat safron dalam perubatan apa? Senarai khasiatnya sangat panjang dan tidak terhenti di situ sahaja.

Sebagai salah satu herba yang banyak disebut di dalam hadith dan diamalkan di dalam perubatan Islam, eksperimen sedang dijalankan bagi membongkar potensi baru rempah yang serbaguna ini, rempah yang telah terbukti meransang kesihatan jantung, otak dan banyak lagi untuk sekian abad.

6 Khasiat Safron

1.Meransang Kesihatan Kardiovaskular

Kajian baru-baru ini menunjukkan potensi yang tinggi bahawa unsur safron dapat meningkatkan sistem kardiovaskular yang sihat. Protein kejutan haba (Heat shock proteins – HSPs) terutamanya HSP 27, 60 dan 70 ternyata sekali mempunyai kaitan dengan sindrom metabolik dan aterosklerosis, jadi para penyelidik ingin menyiasat kesan herba ini ke atas titer antibodi kepada HSP di kalangan pesakit dengan sindrom metabolik.

Paras protein kejutan haba 27, 60, 65 dan 70 disukat di dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Komplimentari dan Integratif semasa pengambilan suplemen, dengan 105 peserta disahkan menghidapi sindrom metabolik. Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan dan diberikan sama ada 100 miligram sehari atau plasebo safron. Selepas tiga bulan, antibodi kepada protein kejutan herba 27 dan 70 berkurang dengan banyak di dalam kumpulan safron.

2.Merawat Disfungsi Erektil

Disfungsi Erektil (ED) menjejaskan lebih daripada 150 juta lelaki di seluruh dunia. Di dalam perubatan tradisional, safron digunakan sebagai afrodisiak, dengan unsur krosin yang dikenali kerana aktiviti afrodisiaknya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Di dalam satu kajian rintis untuk menilai rawatan tradisional ini, 20 orang peserta lelaki dengan ED dinilai selama 10 hari. Setiap pagi, peserta mengambil tablet mengandungi 200 miligram rempah tersebut. Peserta menjalani ujian nokturnal tumesens penis dan soal selidik indeks antarabangsa fungsi erektil (IIEF-15) semasa permulaan pengambilan suplemen dan di penghujung hari ke-10.

Selepas 10 hari pengambilan suplemen, terdapat peningkatan statistik yang ketara di dalam hujung tumesens dan ketegangan dan juga dasar tumesens dan ketegangan. Jumlah markah ILEF-15 lebih tinggi di kalangan peserta selepas diberikan suplemen herba ini.

Terdapat kesan yang positif ke atas fungsi seksual dengan peningkatan tempoh masa dan jumlah kejadian erektil berlaku di kalangan lelaki yang mengalami disfungsi erektil hanya selepas mengambilnya selama 10 hari. Oleh itu, rempah tradisional ini juga mempunyai potensi sebagai rawatan semula jadi untuk masalah mati pucuk.

BACA:  Dua Tips Penting Untuk Mengelakkan Kulit Kepala Gatal Dan Berkelemumur!

3.Mempunyai Potensi Kesan Anti kanser

Kanser dianggap sebagai penyebab kedua paling tinggi kematian di dunia. Safron sebagai tumbuhan perubatan diketahui mempunyai kemampuan anti kanser, menjadikan ia berpotensi menjadi ubat rawatan kanser.

Di dalam satu ujian klinikal buta duaan secara rawak, yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Herba Ibnu Sina, kesan safron terhadap tindakbalas rawatan di kalangan pesakit yang menghidap metastasis hati dinilai. Tiga belas peserta menghidapi metastasis hati dimasukkan di dalam kajian ini dan kemudian dibahagi kepada dua kumpulan berbeza. Kedua-dua kumpulan menerima regimen kimoterapi.

Peserta di dalam kumpulan 1 dirawati dengan kapsul safron (50miligram, dua kali sehari) semasa tempoh kimoterapi sementara kumpulan 2 menerima plasebo.

Jumlah diameter paling panjang dikira dan dibandingkan untuk kesemua lesi di dalam perbezaan imbasan CT kontras IV sebelum dan selepas rawatan. Daripada 13 orang yang mengambil bahagian, enam mengundur diri dan tujuh meneruskannya hingga tamat.

Di dalam kumpulan yang dirawat dengan safron, dua peserta menunjukkan sebahagian tindakbalas penuh dan separa (50 peratus) manakala di dalam kumpulan plasebo, tiada tindakbalas kelihatan. Juga berlaku dua kematian di dalam kumpulan plasebo dan satu di dalam kumpulan safron. Kajian ini mencadangkan safron mungkin berguna kepada pesakit yang mengalami metastasis hati dan lain-lain kanser.

4.Mengurangkan Simptom PMS

Sindrom prahaid (PMS) merupakan sebahagian daripada masalah kesihatan yang biasa dilaporkan oleh wanita, menjejaskan 20 peratus hingga 40 peratus wanita di dalam usia reproduktif. Safron dianggap antikejang yang baik jadi penyelidik di Pusat Kajian Kesihatan Reproduktif Vali Asr, Universiti Sains Perubatan Tehran membuat penilaian sama ada ia boleh mengurangkan simptom PMS.

Wanita berusia 20-45 tahun dengan kitaran haid yang biasa dan mengalami simptom PMS untuk sekurang-kurangnya enam bulan layak untuk kajian tersebut. Wanita dibahagikan secara rawak sama ada memasuki kumpulan A, yang menerima 15 miligram kapsul safron dua kali sehari waktu pagi dan malam atau kumpulan B, yang menerima kapsul plasebo dua kali sehari untuk untuk dua kitaran haid.

Wanita-wanita tersebut dinilai untuk simptom PMS menggunakan soal selidik Simptom Harian Pra-haid (PDS) dan Skala Kadar Kemurungan Hamilton (HAM-D) untuk wanita di dalam kumpulan safron berbanding simptom pra-rawatan mereka dan juga menunjukkan simptom berkurangan dengan ketara berbanding kumpulan plasebo.

BACA:  Penggemar Teh, Ini Manfaat Baru Untuk Otak Yang Dibuktikan Oleh Saintis Singapura

5.Menggalakkan Rasa Kenyang dan Penurunan Berat

Di dalam satu kajian di Malaysia, penyelidik hendak mengkaji sifat rasa kenyang di dalam safron. Peserta wanita diberikan kapsul kenyang dua kali sehari dan plasebo tidak aktif tanpa sebarang sekatan ke atas pengambilan makanan. Selepas dua bulan, peserta yang menggunakan ekstrak safron melaporkan penurunan di dalam pengambilan kudapan dan hilang lebih banyak berat daripada kumpulan yang dikawal.

Para penyelidik mempuat kesimpulan bahawa herba ini boleh membantu merawat obesiti dengan menyekat selera dan menggalakkan penurunan berat badan.

6.Merawat Kebimbangan dan Kemurungan

Kemurungan adalah sejenis penyakit di dalam masyarakat hari ini dengan anggaran prevalens seumur hidup setinggi 21 peratus daripada populasi di sesetengah negara membangun. Sebagai tumbuhan terapeutik, safron digunakan di dalam perubatan tradisional Parsi untuk merawat kemurungan, dan penyelidik mahu menilai keberkesanan herba ini di dalam merawat kemurungan ringan hinggalah sederhana di dalam ujian klinikal selama enam minggu.

Tiga puluh orang pesakit luar dewasa yang melepasi temuduga klinikal untuk kemurungan mengambil bahagian di dalam ujian tersebut. Peserta mempunyai markah garis dasar Skala Rating Hamilton untuk Kemurungan sekurang-kurangnya 18.

Di dalam ujian buta duaan, tengah tunggal ini, peserta dibahagikan secara rawak untuk mengambil kapsul safron (30 miligram sehari) di dalam kumpulan 1 atau satu kapsul anti-kemurungan imipramine (100 milligram sehari) di dalam kumpulan 2 di dalam kajian selama 6 minggu. Safron pada dos ini didapati sama berkesan seperti imipramine di dalam rawatan kemurungan ringan hinggalah yang sederhana.

Di dalam satu lagi penyelidikan yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Komplimentari & Integratif, 60 orang peserta yang mengalami kebimbangan dan kemurungan di pilih secara rawak untuk menerima 50 miligram kapsul safron atau kapsul plasebo, dua kali sehari selama 12 minggu.

Soal Selidik Inventori Kemurungan Beck (BDI) dan Inventori Kebimbangan Beck (BAI) diguna pakai di garis dasar, enam dan 12 minggu selepas mula mengambil ubat. 54 peserta menamatkan ujian. Hasilnya, pengambilan safron sebagai supplemen memberikan kesan yang ketara ke atas markah BDI dan BAI berbanding plasebo sepanjang 12 minggu.

 

sumber: TengkuAsmadi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel