≡ Menu

Khasiat Minum Air Nenas Yang Kita Terlepas Kerana “Gatal” Lidah Ketika Makan Nenas


Siapa suka makan buah nanas? Siapa yang tak suka dengan alasan rasanya membuatkan lidah rasa ‘gatal-gatal’? Yang tak suka memang rugi sangat kerana buah nanas banyak sangat manfaat jika kita mengamalnya setiap hari. Bukan sahaja dimakan begitu sahaja, tapi dijadikan minuman panas.

Nanas mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang meningkatkan kesihatan serta bromelain dan asid sitrik. Bersama-sama nutrien ini membantu memperbaiki sistem imun dan melawan penyakit.

Air Nanas Panas
Di sini kami ingin beritahu keberkesanan amalan air nanas panas. Air nanas panas boleh menyelamatkan anda seumur hidup.

Cara penyediaan air nanas panas, sama sahaja seperti lemon panas. Anda sediakan air panas dan letakkan beberapa hiris buah nanas ke dalam minuman. Ia bukan saja terasa segar, bahkan memberi kelegaan buat sesiapa yang ada selesema. Jika tidak suka diminum panas, anda boleh letakkan air biasa dan tinggalkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian sedia untuk diminum! Minuman ini juga boleh dijadikan air detox. Ianya sangat sedap dengan rasa buah-buahan yang segar disamping dapat membuang toksin dalam badan.

BACA:  Panduan Berhadapan dengan anak DEMAM SAWAN!

Sokongan Imun
Hanya satu hidangan nanas mengandungi lebih daripada 130% daripada cadangan harian untuk vitamin C, vitamin yang membantu menjaga sistem imun yang sihat. Ia juga antioksidan yang melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, penyakit Alzheimer, Parkinson dan keadaan degeneratif yang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kurangkan Keradangan
Nanas membantu mengurangkan keradangan di sendi dan otot. “Enzim proteolitik yang jarang berlaku”, bromelain yang terdapat dalam nanas, membantu memecahkan protein yang boleh merosakkan sendi. Bromelain juga membantu mengurangkan keradangan dan boleh mengurangkan sakit arthritis anda.

Memperbaiki Kesihatan Mental
Nanas mengandungi tahap tryptophan yang tinggi. Tryptophan membantu badan dalam menghasilkan serotonin, salah satu daripada “hormon gembira”. Menambah nanas dalam diet boleh membantu anda melawan kemurungan atau kebimbangan.

Membantu Mencegah Kanser
Nanas dipercayai mampu mencegah kanser. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

BACA:  Digoda? Tergoda? Contohilah Nabi Yusuf Ketika Berhadapan Zulaikha

Merawat Batuk Dan Selesema
Kedua-dua kandungan bromelain dan vitamin C yang tinggi dalam nanas membantu mencegah penyakit jenis pernafasan. Tetapi jika anda sudah mempunyai batuk atau selesema, nanas dapat membantu membersihkan sinus dan mengurangkan saliran.

Sistem Penghadaman
Nanas juga berguna untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.

Jadi sama-sama kita amalkan ye.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel