Adakah anda sedang berjuang menurunkan berat badan, tapi perut tidak memberi kerjasama kerana sering lapar?
Nah, ada super food yang boleh buat anda kenyang lebih lama, iaitu edamame. Ya, manfaat makan edamame – snek yang kita makan di restoran Jepun bisa membantu anda kenyang lebih lama sekaligus menjaga nafsu makan. Meski enak dijadikan kudapan, tapi tidak ramai yang tahu edamame miliki manfaat kesihatan yang tinggi. Mempunyai tahap makanan berkhasiat tinggi, edamame adalah sumber makanan yang kaya dengan serat dan protein serta sejumlah vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Malah, kandungan protein dalam edamame jauh lebih tinggi daripada telur.
Bagus Untuk Tulang
Edamame juga berguna untuk kesihatan tulang. Ini kerana edamame mengandungi pelbagai bahan penting yang berguna untuk mengekalkan pembentukan tulang dan kepadatan seperti kalsium, besi, magnesium, dan asid folik.
Melancarkan Pencernaan
Edamame sarat dengan serat yang membantu pencernaan. Sembelit dan kembung perut yang anda alami boleh dihalang dengan memakan edamame.
Sumber Protein
Edamame mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Edamame mempunyai kandungan protein 36% lebih tinggi daripada kacang soya biasa. Disebabkan itu, masyarakat Jepun menjadikannya sebagai snek sihat, malah edamame rendah lemak.
Mengurangi Risiko Penyakit Jantung
Selain melakukan senaman rutin, anda boleh mengambil makanan sihat dan salah satunya adalah edamame. Kacang soya kegilaan Jepun ini mempunyai asid lemak omega 3 dan 6. Di samping itu, kandungan antioksidan juga boleh memecah lemak terkumpul dan mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Program Diet
Bagi anda yang berada dalam program diet, maka edamame boleh dijadikan makanan ringan yang tepat. Ini kerana edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi miliki kandungan lemak yang rendah. Selain itu, edamame juga membuatkan anda merasa kenyang dan tidak mudah lapar.
Bukan sahaja ia membuatkan kita ketagih tapi edamame ternyata hebat untuk penurunan berat badan, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, malah, edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kurang kalori, menjadikannya makanan ringan yang ideal.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel