≡ Menu

Khasiat Belimbing Buluh Dan Belimbing Tanah. Penulis Pun Baru Tahu Wujudnya Belimbing Ini


Khasiat Belimbing Buluh Merawat Penyakit Darah Tinggi

Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat. Boleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba. Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden. Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk ke sana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara. Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran. Antaranya ialah Belimbing Buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil. Di Pahang, belimbing buluh digunakan sebagai bahan utama dalam resepi sambal hitam.

Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut. Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman di halaman rumah. Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebagai pokok teduhan di halaman rumah.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas,” katanya.

BACA:  Macam mana nak khusyuk solat? Sebelum Solat Bacalah Dua Surah ini In Sha Allah.. Ini Penjelasan..

Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbi ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudiannya dikisar buah tersebut sehingga lumat. Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campurkan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang,” kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar. Ramas dedaun itu dengan sedikit air sehingga agak lumat dan letakkannya di atas sehelai kain. Demahkannya di atas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.

Cara Pengunaan Belimbing Buluh

Menurunkan tekanan darah
Tumbuk beberapa biji buah belimbing buluh segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari.
Merawat Jerawat
Tumbuk halus beberapa biji buah belimbing buluh segar. Tambahkan sedikit jus limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir. Lakukan 3 kali sehari.
Melegakan Batuk
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari.

Menghilangkan Panau
Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada kulit yang dijangkiti. Biarkan 5 minit dan bersihkan dengan air.

 

Khasiat Belimbing Tanah Cegah Darah Tinggi dan Kencing Manis

Pokok Belimbing Tanah pula adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kawasan lapang. Tumbuhan yang dalam botaninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau. Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

BACA:  Hebatnya Janji Allah Dalam Memelihara Al-Quran Daripada Terpesong

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. “Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

“Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,” katanya. Bagi menghidari penyakit kencing manis, Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.

“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya. Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, Insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel