Air kelapa adalah minuman yang sangat menyegarkan dan diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, termasuklah ibu-ibu hamil. Tambahan pula, ramai yang mengaitkan khasiat air kelapa dengan pelbagai jenis manfaat untuk ibu mengandung serta bayi yang dikandungkan.
SELAMATKAH MINUM AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG?
Menurut sumber melalui MomJunction, air kelapa selamat diminum oleh ibu hamil, asalkan dalam kuantiti yang sederhana. Ia sebenarnya boleh memberi pelbagai manfaat dari sudut kesihatan kerana mengandungi pelbagai mineral dan vitamin semulajadi.
Berikut adalah beberapa khasiat yang dimiliki oleh air kelapa untuk ibu mengandung.
5 KHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG
1. PELAWAS SEMULAJADI
Salah satu khasiat air kelapa untuk ibu mengandung adalah sebagai pelawas semulajadi dengan kehadiran garam galian, magnesium, dan mineral-mineral lain dalam tubuh.
Secara tidak langsung, ia membantu mennyingkirkan toksin daripada tubuh, memperbaiki fungsi buah pinggang, serta membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing.
2. MENINGKATKAN ELEKTROLIT DALAM TUBUH
Air kelapa memiliki 5 elektrolit penting dalam tubuh iaitu mineral, sodium, kalsium, potasium, dan fosforus. Keperluan terhadap elektrolit akan bertambah semasa tempoh kehamilan kerana kecenderungan untuk berlakunya dehidrasi akibat morning sickness, iaitu muntah-muntah serta cirit-birit dari semasa ke semasa.
Oleh sebab itu, air kelapa amat digalakkan untuk membantu merawat masalah ini di samping meningkatkan tenaga ibu hamil.
3. MENGELAKKAN JANGKITAN
Kandungan asid laurik yang terdapat di dalamnya bersifat anti-bakteria, anti-fungal dan anti-viral, seperti yang dinyatakan oleh laman web Health Fitness Revolution.
Disebabkan kelebihan ini, khasiat air kelapa untuk ibu mengandung antara lainnya turut mempertingkatkan sistem pertahanan badan agar lebih efisyen untuk melawan penyakit serta jangkitan.
4. MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS TEKANAN DARAH TINGGI
Air kelapa mengandungi kandungan gula semulajadi yang agak rendah. Jadi, ia sesuai untuk menjadi pengganti kepada minuman manis yang anda patut jauhi bagi mengelakkan risiko diabetes gestasi.
Selain itu, ia juga dipercayai dapat membantu ibu hamil untuk mengekalkan pH tubuh dan mengawal darah tinggi.
5. MEMPERBAIKI KUALITI AIR KETUBAN
Menurut sumber, khasiat air kelapa bagi ibu mengandung juga mampu membuat air ketuban menjadi bersih dan jernih. Ini kerana, elektrolit dan antioksidan daripadanya membantu menyerap lendir dan kotoran dalam air ketuban.
Tapi, jangan salah faham dengan dakwaan yang mengatakan bahawa air kelapa juga boleh membuat kulit bayi dalam kandungan menjadi putih. Hal ini sebenarnya belum ada lagi bukti kukuh untuk menyokongnya.
Walau apa pun, ternyata ada pelbagai lagi manfaat air kelapa untuk diamalkan oleh ibu mengandung, bukan?
sumber: zuriat
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel