≡ Menu

Khasiat Air Halia Panas Kepada Wanita! Bukan Buang Angin Sahaja Tau


Kelebihan Air Halia Panas Terutama Kepada Wanita. Ini Sebabnya. Kadangkala petua yang diberikan oleh orang tua ini ada baiknya juga. Dengan menggunakan barangan dapur di rumah yang lebih menjimatkan terutama bahan untuk masakan ternyata menjimatkan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebagai contoh, halia yang mana sering menjadi bahan utama di dalam masakan. Banyak kelebihan rupanya dengan halia ini.

Antaranya dengan mengamalkan minuman air halia panas terutamanya untuk wanita. Nak tahu apa kelebihannya baca kat bawah ini:

BACA:  Bahaya Marathon Dengan Stroller: Si Manja Mungkin Terdedah Kepada...

1. Melancarkan pencernaan: Untuk mereka yang sering mengalami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan. Boleh amalkan minum air halia panas sebab ianya dapat meredakan dan merehatkan usus.

2. Menurunkan berat badan: Bagi yang ingin menurunkan berat badan ketahuilah bahawa halia ini mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan anda. Dengan minum air halia juga dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Dimana ianya juga membuatkan perut tahan kenyang lebih lam. Wah best ni!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Imun tubuh badan menjadi kuat: Untuk makluman, kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun, dan juga membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.

BACA:  Suami Patut Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Belanja Rumah

4. Membantu menghilangkan loya ketika hamil: Bagi yang sedang hamil ketika ini boleh juga
mengamalkan untuk minum air halia panas terutama menghilangkan sakit loya dan juga
muntah. Bila minum, otot-otot akan menajdi relaks dan menghilangkan rasa mual.

Apa pun jika ada diantara anda yang alah kepada halia, janganlah mengamalkannya dan
rujuklah kepada yang lebih pakar.

sumber: SajaHeboh

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel