≡ Menu

Ketahui Makanan Untuk Orang Yang Stress. Tak Sangka Pemakanan Mempengarhui Kesihatan Mental!


Sains setuju bahawa makanan merupakan alat yang berkuasa dalam menangani individu yang depresi atau tertekan dan penuh dengan rasa kebimbangan. Bagi individu yang mengalami masalah tekanan dan kebimbangan mereka akan tertarik untuk memakan makanan yang dapat menghilangakn rasa tertekan dan bimbang tersebut.

Tetapi bukan semua makanan yang di makan itu bagus untuk individu yang memiliki masalah sebegini. Penting untuk anda ketahui jenis pemakanan yang bagaimana serta apa yang perlu di lakukan.

Pakar nutrisi menyarankan gaya pemakanan yang sesuai mengikut jenis masalah yang dialami oleh individu seperti anxiety dan depresi. Malah dengan gaya pemakanan yang betul, tubuh serta mental individu yang bermasalah akan beransur-ansur pulih dan tenaga dalaman diri juga akan meningkat naik.

Apabila diri menjalani gaya pemakanan yang betul, kesihatan mental akan menjadi lebih positif, bersemangat dan tubuh fizikal pula kembali cergas. Meskipun bukan mudah untuk melawan masalah anxiety dan depresi tetapi dengan gaya pemakan yang betul ia dapat di pulihkan dan kehidupan menjadi baik seperti sedia kala.

Gaya Pemakanan Melawan Anxiety & Depressi
“Atasi masalah dengan solusi yang betul”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Inilah ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya diet atau gaya pemakanan yang betul dalam usaha memulihkan masalah tekanan mental yang di hadapi.

Anika Knüppel merupakan seorang pengkaji dan pelajar PhD di University College London dan juga salah seorang penyumbang program Eropah MooDFOOD. Program ini memfokuskan bagaimana makanan dapat mengatasi masalah depresi.

Menurut Anika, terdapat dua gaya pemakanan yang pakar nutrisi reka untuk membantu mengatasi masalah mental. Iaitu dengan meningkatkan habit kesihatan dan mengurangkan habit yang tidak sihat.

Sebenarnya para pengkaji telah mengkaji jenis diet atau gaya pemakanan yang sesuai untuk masalah sebegini iaitu:

BACA:  Hendak Kulit cantik seperti Saidatina Aisyah r.a? AMALKAN INI…Tips Dato’ Dr. Fatma El-Zahra. Kongsikan…

Diet Mediterranean – Memfokuskan tentang pengambilan lemak sihat.
Diet DASH – Memfokuskan tentang pengurangan pengambilan gula.

Diet Pemakanan Mediterranean

Gaya pemakanan Mediterranean ini memfokuskan tentang pengambilan lemak yang sihat di dalam pemakanan seharian seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, ikan berlemak (lemak asid omega-3), minyak zaitun dan pengambilan makanan yang kaya dengan protein.

Para pengkaji telah menemui selepas 12 minggu individu mengamalkan diet Mediterranean, masalah anxiety yang dialami menurun sebanyak 20% hingga 50%.

Ini kerana pengambilan lemak asid omega-3 dapat membantu menurunkan anxiety dan sekaligus gaya hidup mereka yang mengamalkan diet pemakanan ini secara perlahan-lahan kembali pulih dari masalah depressi yang dialami.

Mulakan hari anda dengan pengambilan kanji daripada bijirin dan kekacang.
Banyakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Fokus pengambilan pemakanan dengan ikan berlemak seperti ikan Salmon atau ikan Tuna Albacore sebagai ganti daging merah.
Ambil pemakanan dari lemak sihat seperti kekacang dan minyak zaitun.
Kawal pengambilan makanan dan minuman manis yang bersederhana.

Diet Pemakanan DASH

Diet pemakanan DASH memfokuskan tentang pengurangan pengambilan gula. Penyelidik telah menganalisa pengambilan gula oleh 23,000 orang dan menemui lelaki yang mengambil gula yang banyak menunjukan lebih 23% menunjukan peningkatan masalah depressi.

Sukatan pengambilan gula daripada kajian ke atas 23,000 orang.

67 gram gula atau lebih.
17 sudu teh gula.
2 tin air Coke

Diet pemakanan DASH ini telah di lihat dapat mengurangkan masalah depresi yang di alami oleh individu. Nah berikut adalah amalan gaya pemakanan diet DASH yang boleh anda ikuti.

Mulalah mengamalkan pengambilan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dapatkan protein yang sihat menerusi ayam, ikan dan kekacang.
Guna produk makanan rendah lemak atau dairy yang tidak berlemak.
Limitkan pengambilan manisan, air manis, lemak tepu (saturated fats) dan guna alkohol.
Sugar-Free Melawan Depressi Dan Anxiety!
Selain mengikuti gaya pemakanan yang disarankan oleh pakar nutrisi, anda juga boleh melawan masalah depressi dan anxiety dengan beralih kepada sugar-free!

BACA:  Anak Disleksia? Ketahui Jenis Jenis Disleksia Anak Anda

Menukar gaya pemakanan akan mempengaruhi gaya hidup anda, percaya atau tidak dengan menghentikan pengambilan gula, anda akan melihat sendiri peningkatan mood anda ke arah yang lebih baik, positif dan seimbang.

Antara gaya pemakanan yang boleh diikuti adalah seperti berikut:

  • Biskut bersama teh atau kopi tanpa gula.
  • Bubur bersama air suam.
  • Salad bersama minyak zaitun dan jus lemon.
  • Buah beri biru dan raspberi.
  • Makanan yang memiliki lemak sihat.
  • Daging berprotein.
  • Dan banyak lagi menu pemakanan yang boleh anda amalkan untuk menghentikan pengambilan gula. Apa yang penting adalah, anda tidak pernah berhenti.

Apa Hubung Kait Diantara Makanan Dan Kesihatan Mental Pada Manusia?
Secara ringkasnya pengaruh perubahan mental dan gaya pemakanan saling memiliki hubung kait yang tersendiri. Pengambilan makanan yang tertentu akan memberikan kesan secara terus terhadap fizikal dan juga perubahan emosi.

Diet merupakan langkah yang bagus bagi mengaktifkan rasa sayang dan cinta pada diri sendiri ia merupakan kunci kepada Cognitive Behavioral Therapy (CBT). Di mana kaedah ini sering digunakan dalam merawat individu yang mengalami depressi dan anxiety.

Dengan mempercayai terhadap diri sendiri dan punya nilai serta rasa cinta terhadap diri yang kemudiannya di sokong dengan bantuan gaya pemakanan yang bernutrisi, masalah depresi dan anxiety dapat ditumpaskan.

Selain daripada gaya pemakanan yang harus di jaga, pakar nutrisi turut berkongsi bahawa terapi secara tradisional dan meditasi juga dapat membantu individu yang mengalami anxiety dan depresi.

Justeru itu, dalam apa jua masalah yang di hadapi sayangi diri anda dan ikuti diet pemakanan yang sihat untuk mengecapi mental dan fizikal yang sihat.

Di harap maklumat yang dikongsikan kepada anda hari ini, memberi sedikit sebanyak ilmu yang boleh anda ambil.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel