Oat adalah antara bijirin yang paling sihat.
Ia adalah bijirin bebas gluten dan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Kajian menunjukkan bahawa oat mempunyai banyak manfaat kesihatan. Termasuk penurunan berat badan, tahap gula darah yang rendah dan risiko penyakit jantung yang berkurang.
Ini sebab kamu perlu mengambil oat ke dalam hidangan, khususnya sarapan pagi setiap hari.
Oat mengandungi serat larut dan tidak larut
Serat larut membentuk gel kental yang membantu menurunkan kolesterol dan menstabilkan tahap glukosa darah. Manakala, serat yang tidak larut dalam oat membantu mengurangkan sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.
Oat bantu mengawal berat badan dengan membuat kamu merasa kenyang
Malangnya, ramai memilih untuk menjauhi karbohidrat kerana ingin menurunkan beberapa kilogram, namun memilih bijirin penuh boleh mengelak daripada rasa kelaparan dan pada masa yang sama memberi perasaan yang menyenangkan. Jadi, bukankah ini baik untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Semangkuk oat yang dimasak merupakan sumber melatonin yang baik.
Oat secara semulajadi adalah bebas gluten
Walaubagaimanapun semak dengan pengilang untuk memastikan bahawa produk mereka tidak dibuat menggunakan peralatan yang sama seperti bijirin yang berpotensi mencemari makanan lain. Sentiasa beli produk bebas gluten dari syarikat yang diiktiraf dan baca label makanan dengan berhati-hati.
Oat menyediakan mineral penting
Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.
Oat boleh mengawal gula dalam darah
Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan kawalan gula dalam darah yang tinggi. Ia biasanya disebabkan oleh penurunan kepekaan terhadap insulin hormon. Oat boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah, terutama pada orang yang berlebihan berat badan atau mempunyai diabetes jenis 2. Ia juga boleh meningkatkan sensitiviti insulin.
Oat boleh membantu penjagaan kulit
Bukan satu kebetulan oat boleh didapati dalam banyak produk penjagaan kulit. Pembuat produk ini sering menyenaraikan oat halus sebagai “colloidal oatmeal.” Sebenarnya, oat mempunyai sejarah penggunaan dalam rawatan gatal dan kerengsaan dalam pelbagai keadaan kulit. Contohnya, produk kulit berasaskan oat boleh merawat gejala eczema yang tidak selesa. Bahkan, aktres Bea Alonzo menggunakan oat dalam salah satu petua kecantikannya. Lihat di sini Rawat Muka Bermasalah Ikut Cara Aktres Bea Alonzo, Guna Bahan Dapur Je!
Jangan lupa ambil oat dalam sararan pagi korang!
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel