Kamu gemar memasak dan seorang foodie sejati. Kamu patut tahu jenis-jenis minyak masak kesihatan yang bagus dan sesuai untuk memasak makanan bergoreng. Tidak dapat dinafikan dengan pelbagai rangkaian dan keluaran minyak masak yang terdapat di pasaran terlalu banyak dan memeningkan kepala untuk mencari minyak masak yang menyihatkan dan sesuai digunakan untuk menggoreng makanan.
Hal berkaitan dengan pemilihan minyak masak harus dititikberatkan kerana minyak yang digunakan akan memasuki ke dalam tubuh badan melalui makanan yang di masak. Jika minyak masak yang kamu gunakan adalah tidak menyihatkan, ia akan memberi kesan ke atas kesihatan diri kamu dan keluarga.
Oleh itu, dengan menggunakan jenis minyak masak yang terbaik dan menyihatkan ia akan membuatkan makanan yang dimasak dibekalkan dengan kandungan nutrisi dan vitamin yang bagus ke dalam makanan yang dimasak.
Jika kita lihat di daerah Mediterranean, diet pemakanan mereka menggunakan minyak zaitun untuk ke semua perkara. Dan ada juga yang menggunakan minyak avokado serta minyak kelapa. Sukar untuk dinyatakan minyak masak yang mana satu yang betul untuk kamu gunakan.
Tetapi apa yang boleh kita rumuskan adalah, bukan semua jenis minyak sesuai untuk digunakan untuk menggoreng makanan baik secara deep-frying atau pan-frying mahupun secara memanggang. Minyak yang sihat untuk menggoreng, memfokuskan kebolehan lemak asid untuk bertahan dalam suhu yang tinggi semasa menggoreng.
Jenis Lemak Asid Yang Sesuai Untuk Memasak
Untuk memasak apa yang perlu di beri perhatian adalah kandungan jenis lemak yang terdapat di dalam minyak masak. Minyak masak dengan kadar asap yang tinggi lebih stabil dan lebih sihat untuk digunakan daripada minyak masak yang mengeluarkan kadar asap yang rendah.
Kestabilan minyak masak bergantung kepada betapa likat dan kuatnya lemak asid. Ini kerana lagi kuat lemak asid tersebut, semakin sukar untuk minyak terputus apabila dipanaskan.
Lemak saturated (lemak tepu) dan monounsaturated ((lemak mono tidak tepu), kedua-dua jenis lemak asid ini lebih stabil dan sesuai digunakan untuk memasak. Lebih tinggi tahap lemak tepu di dalam minyak, lebih tinggi ia untuk bertahan dengan proses pengoksidaan di mana ia akan menyebabkan minyak terputus-putus.
Manakala lemak polyunsaturated (lemak tidak tepu) yang terdapat di dalam minyak masak biasa akan menyebabkan minyak mudah terputus apabila dipanaskan dan akan mengeluarkan tiga radikal bebas.
Lemak asid sebegini yang terdapat di dalam minyak ianya sesuai untuk digunakan sebagai dressing makanan.
Minyak Yang Sihat Untuk Deep-Frying
Satu kajian mendapati bahawa minyak kelapa dan minyak zaitun dara merupakan minyak yang paling stabil. Para pengkaji memanaskan tiga liter minyak untuk menggoreng secara deep-frying pada suhu 356°F atau 180°C selama enam jam. Dan mendapati kedua-dua minyak ini sesuai digunakan untuk menggoreng secara deep-frying.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun mempunyai sifat anti-keradangan, kaya dengan antioksidan dan lemak asid yang tinggi di mana ia menjadikan minyak masak yang stabil apabila berada di suhu yang tinggi.
Minyak Kelapa
Minyak kelapa pula memiliki kandungan minyak tepu sebanyak 92% dan ia dapat menahan proses pengoksidaan dan membuatkan minyak masak stabil. Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukan bahawa minyak kelapa masih lagi stabil selepas lapan jam memasak secara deep-frying.
Tetapi minyak kelapa ini di sarankan menggunakan minyak ini secara sedarhana, kerana kajian mendapati minyak kelapa ini memiliki kedua-dua kebaikan dan keburukan paras kolestrol. Kebaikan minyak yang dikenali high-density lipoprotein (HDL) dan manakala keburukan dikenali low-density lipoprotein (LDL).
Minyak Yang Sihat Untuk Pan-Frying
Untuk menggoreng makanan secara pan-frying, minyak yang sihat dan sesuai untuk digunakan adalah minyak kelapa, minyak zaitun, minyak avokado, minyak matahari dan minyak kanola.
Minyak Avokado
Minyak avokado mengandungi lemak mono tidak tepu yang sangat tinggi dan ini bermakna ia merupakan minyak yang stabil apabila berada dalam suhu yang tinggi. Minyak avokado mempunyai tahap kolestrol yang bagus dan baik untuk tubuh badan. Selain itu, minyak avokado juga mengandungi vitamin E di mana ia kaya dengan antioksidan yang dapat membantu menurunkan radikal bebas di dalam tubuh badan.
Minyak Matahari
Minyak matahari sesuai untuk menggoreng makanan secara pan-frying. Ia mempunyai tahap asap yang tinggi dan minyak ini juga mempunyai sumber vitamin E yang bagus.
Tambahan lagi, minyak matahari ini juga memiliki tahap omega-6 yang tinggi. Tetapi kamu harus ingat lemak asid omega-6 boleh menyebabkan keradangan di dalam tubuh badan, oleh itu, gunakan minyak matahari secara berserdahana.
Minyak Kanola
Minyak kanola juga sangat sesuai untuk menggoreng makanan secara pan-frying kerana ia menghasilkan tahap asap yang tinggi menjadikan ia sesuai untuk memasak secara pan-frying.
Minyak Masak Yang Sihat Untuk Memanggang
Biasanya untuk memanggang makanan, minyak apa yang kamu gunakan di rumah. Adakah kamu menggunakan minyak yang betul untuk memanggang. Jika kamu berasa ragu-ragu atau tidak tahu untuk memilih minyak yang sesuai untuk memanggang makanan, kamu boleh gunakan minyak ini.
Jika kamu gemar menggunakan minyak zaitun atau minyak avokado, kamu harus memanggang makanan dengan suhu yang rendah iaitu 374°F atau 190°C. Kerana minyak zaitun dan minyak avokado akan menghasilkan asap yang rendah semasa proses pemanggangan berlaku. Jadi jika kamu ingin gunakan salah satu minyak ini, pastikan kamu memanggang makanan pada suhu yang rendah daripada 374°F atau 190°C.
Jadi pilih minyak masak yang sihat untuk membekalkan masakan bergoreng yang sihat dan kekal dengan nutrisi yang baik ke dalam tubuh badan kamu.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel