≡ Menu

Kesan Tidak Tidur. Ini Kesan Jika Anda Paksa Diri Anda Tidak Tidur! 72 Jam Tu Parah Sangat Dah Tu


Selama mana anda boleh tidak tidur? Sehari? Ke dua hari?

Tahukah, satu laporan International Journal of Occupational Medicine and Environment Health, rekod paling lama seseorang tidak tidur ialah selama 264 jam. Ertinya, angka ini setara dengan 11 hari berturut-turut.

Walaupun anda masih boleh menjalani kehidupan normal seperti biasa, tetapi percayalah ada kesan sampingan yang akan terjadi pada tubuh bila anda tidak tidur selama berhari-hari.

Selepas 24 Jam

Tidak tidur selama 24 jam mungkin sudah menjadi perkara biasa. Namun dalam peringkat ini, keupayaan anda untuk ingat, fokus dan membuat keputusan telah mula menurun. Anda juga mengalami kesan lain, seperti:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • Mengantuk teruk
  • Mudah marah
  • Sukar beri tumpuan
  • Gula dalam darah dan hormon kortisol meningkat
  • Otot badan menjadi tegang
  • Penglihatan dan pendengaran mulai kabur
BACA:  Lakukan Ini 5 Minit Sehari, Anda Akan Melihat Perubahan Positif Pada Diri Anda!

Selepas 36 Jam

Selepas tidak tidur selama 36 jam, pengeluaran hormon kortisol, insulin, dan pelbagai hormon pertumbuhan lain mula menjadi huru-hara. Perubahan ini juga mengganggu selera makan, metabolisme, suhu badan, tekanan, dan kitaran hidup secara keseluruhan.

Selepas 48 Jam
Bila keadaan ini terjadi, tubuh mula berhenti berfungsi sehingga anda mungkin mengalami microsleep. Microsleep merupakan keadaan di mana anda mengalami tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan mengantuk.

Biasanya individu yang mengalami microsleep tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Bagi orang yang tidak tidur untuk jangka masa panjang, kesan ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dapat dikawal.

BACA:  Pokok Letup Penawar Kepada Angin Ahmar?

72 Jam Dan Lebih
Jika tidak tidur selama 3 hari berturut-turut, keadaan anda menjadi semakin parah. Anda berkemungkinan akan alami gangguan untuk fokus, berfikir, mood serta emosi, bahkan percakapan normal juga sukar dilakukan.

Kesan sampingan akibat tidak tidur lebih 72 jam:

  • Keletihan yang melampau
  • Kesukaran multitasking
  • Masalah tumpuan dan daya ingatan teruk
  • Paranoia
  • Mood tertekan
  • Kesukaran berkomunikasi dengan orang lain

Sebaiknya tidur yang cukup sekitar 6 hingga 8 jam sehari. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan, malah beauty sleep juga. Nak cantik kena tidur cukup, barulah wajah berseri-seri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel