Dulu pesakit diabetes dilarang sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan.
Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI).
Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap masuk ke darah.
GI yang tinggi bermakna kadar penyerapan yang cepat, sehingga kandungan gula dalam darah menjadi tinggi secara mendadak. Sementara GI rendah bermakna kadar penyerapan gula yang beransur-ansur sehingga kandungan gula dapat distabilkan pada tahap yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.
Makanan manis yang diperbuat dari gula ringkas, seperti kek atau minuman manis akan meningkatkan gula darah dengan cepat berbanding makanan manis yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan. Ini bermakna jika makanan manis dimakan bersama makanan seimbang tinggi serat, penyerapan gula dari usus dapat diperlahankan dan secara tidak langsung peningkatan gula darah juga dapat diperlahan.
Oleh itu pesakit diabetes dibenarkan makan makanan yang manis seperti buah, yang mempunyai banyak serat kerana peningkatan gula secara mendadak tidak berlaku.
Saya mencadangkan buah betik, jambu batu atau belimbing untuk dijadikan jus diminum setiap hari.
Wallahu a’lam
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel