≡ Menu

Kes Keracunan Kopi Pracampuran di Pulau Pinang


Lewat hari ini Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Penang (JKN PP) mengesan berita yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp berkenaan beberapa pesakit yang telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas meminum sejenis kopi. Pihak JKN PP sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara ini dan akan memaklumkan kepada umum sebaik mendapat kepastian.

Masyarakat dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan keselamatan makanan atau minuman dan segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

Makluman Terkini Kes Keracunan Kopi Di Pulau Pinang

BACA:  5 Perkara Nampak Remeh, Tetapi Mengundang Kemurkaan Allah
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Susulan daripada makluman ringkas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Penang (JKN PP) pada 30 Januari 2018, KKM ingin memaklumkan maklumat terkini mengenai kes beberapa pesakit yang telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas meminum sejenis kopi.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat lima (5) orang pesakit yang telah datang mendapatkan rawatan di HPP di antara 27 hingga 30 Januari 2018, di mana tiga (3) orang daripada pesakit tersebut telah discaj daripada HPP dan dua (2) orang pesakit lagi masih dirawat dan di bawah pemerhatian di wad. Sukacita dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah menerima rawatan biasa dan dalam keadaan stabil. Sehingga kini, tiada kes baru yang dilaporkan dan tiada kematian atau sebarang komplikasi berat dilaporkan.

Siasatan mengenai perkara ini juga memerlukan penglibatan agensi-agensi pihak berwajib yang lain. Pemakluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa mengenai isu ini. Masyarakat dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat spekulasi, termasuk menyebarkan maklumat tidak sahih.

Dr Wan Mansor bin Hamzah
Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel