≡ Menu

Kes Kematian Ke 20 Covid-19 Dicatatakan


KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian direkodkan lewat malam Rabu menjadikan jumlah kematian di negara ini adalah 20 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menerusi kenyataan Facebooknya memaklumkan, satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

BACA:  Hukum Karma: Boleh Ke Orang Islam Percaya? Baca Dengan Teliti

Menurut Dr Noor Hisham, mangsa ke-20 kematian akibat COVID-19 merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020,” jelasnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Terdahulu, dalam satu sidang media pada petang Rabu, Dr Noor Hisham memaklumkan empat kes kematian akibat COVID-19 dengan 172 kes positif menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 1,796 kes.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel