≡ Menu

Kerap Minum Susu, Tapi Tak Mahu Makan Benda Lain. Tanda-Tanda Anak Anak Kurang Zat Besi.


“Anak aku ni yang seorang ni susah betul nak disuruh makan. Puas dipujuk, macam-macam menu dah try masak, banyak tips dah cuba. Tapi dia asyik nak minum susu je. Bahaya tak kalau macam ni?”

Kanak-kanak memerlukan pelbagai zat daripada makanan untuk menyokong pertumbuhannya. Salah satu gizi yang cukup penting adalah zat besi.

Selain berfungsi mengangkut oksigen dalam tubuh, zat besi juga diperlukan oleh kanak-kanak kerana proses pertumbuhan mereka berlangsung dengan cepat, terutama ketika usia bayi dan remaja.

7 TANDA KURANG ZAT BESI PADA ANAK
Kekurangan zat besi dalam tubuh dapat menjejaskan kemampuan serta fungsi tubuh anak. Mungkin ibu ayah tak perasan simptom kekurangan zat besi hinggalah anak mereka mengalami anemia.

Beberapa gejala dan tanda kurang zat besi pada anak yang boleh dikesan antaranya termasuklah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. CEPAT LETIH
Pada peringkat awal, anak akan kelihatan kurang aktif, tidak lincah dan cepat letih berbanding biasa.

Apabila tidak dikesan, keletihan berpanjangan ini mungkin boleh mengganggu pernafasan lalu anak mungkin berasa lemas, sesak nafas, manakala degupan jantung juga akan menjadi cepat.

Foto Kredit: Penn Medicine

2. MERAGAM / MUDAH MARAH
Disebabkan keadaan yang letih, anak yang mengalami kurang zat besi juga tidak suka bermain kerana mereka mudah penat. Si kecil yang tak pandai bercakap mungkin akan kerap meragam.

BACA:  Pemancing Ingkar Perintah Berkurung Dibaham Buaya.

3. SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN
Selain keletihan, kekurangan zat besi pada anak boleh menyebabkan mereka sukar menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang lebih besar mungkin akan mengadu berasa pening kepala, contohnya apabila berdiri dari posisi duduk.

4. PUCAT
Dari segi fizikal, kanak-kanak yang kekurangan zat besi mempunyai kulit yang kelihatan pucat.

Dalam sesetengah kes, mata putih juga boleh kelihatan kebiruan.

 

5. CRAVING BENDA PELIK
Keinginan untuk makan benda pelik seperti plastik, rambut, ais atau benda yang “bukan makanan” dalam tempoh sebulan atau lebih.

Kondisi ini juga dikenali sebagai Pica Disorder.

6. KUKU RAPUH
Kurang zat besi pada anak turut membuatkan kuku menjadi rapuh dan senang patah.

pakai sarung tangan bayi
Foto Kredit: babycaredaily.com

7. LEWAT PERKEMBANGAN
Menurut kajian, anak-anak yang mengalami kekurangan zat besi mempunyai kemahiran motorik yang lemah berbanding normal.

Selain gangguan pertumbuhan fizikal dan perkembangan milestone, tingkah laku anak yang bermasalah turut dikaitkan dengan masalah ini.

cara cepat tinggi
Foto Kredit: wildash.london

BAGAIMANA ANAK BOLEH KEKURANGAN ZAT BESI?
Menurut Portal MyHealth, bayi dan kanak–kanak yang berisiko tinggi kekurangan zat besi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :

Bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (<2.5kg)
Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur 1 tahun
Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila mencapai umur 6 bulan
Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan zat besi
Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang minum susu formula, susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns (710 milliliter) sehari
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun rejim pemakanan yang ketat.
Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada plumbum
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan
Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.
ajar anak minum susu
Foto Kredit: shutterstock.com

BACA:  "Kenapa tak kahwin lagi?" 3 Tips Berhadapan dengan Soalan Cepumas "Bila nak kahwin?"

RUPANYA SUSU BERLEBIHAN PUN BAHAYA JUGA!
Anak-anak mungkin akan menolak untuk makan real food apabila mereka terlalu kenyang dengan susu. Malah, pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada ruang untuk makanan yang kaya dengan zat besi.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan menggalakkan pengambilan makanan seimbang sejak usia bayi. Apabila bayi berumur 6 bulan, pastikan mereka diperkenalkan dengan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, daging, sayuran hijau, kekacang dan bijirin penuh (wholemeal).

Selain itu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayuran kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

Jadi, ibu ayah kena pantau dan pastikan anak makan makanan berkhasiat ya!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel