≡ Menu

Kerap Gelisah, Walaupun Tak Ada Sebab. Anda Mungkin Overdose..


Pasti ramai diantara kita yang sangat mengemari minum kopi bukan? Aroma kopi di waktu pagi sangat efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk serta mampu meningkatkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

Pengambilannya secara berlebihan mampu memberi kesan sampingan kepada badan kita.

Namun begitu, risiko untuk mengancam nyawa jarang berlaku jika seseorang itu overdos kafein. Walaupun ada, biasanya ia tidak disebabkan oleh minuman kopi tetapi dari penggunaan suplemen yang berlebihan.

BACA:  7 Pesanan Allah Yang Kita Pernah Baca, Tapi Tak Pernah Ambil Peduli

Kafein mula memberi kesan kepada tubuh apabila ia mencapai 15 mg seliter dalam darah. Malah kesan serius boleh berlaku pada tahap 80-1000 mg seliter.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Untuk kafein dari kopi, beberapa kajian mendapati pengambilan dua hingga tiga cawan sehari boleh dianggap normal.

Pengambilan kafein seperti itu masih boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan seperti menangkis radikal bebas yang menyebabkan penyakit.

Beberapa kesan sampingan yang timbul apabila pengambilan kafein berlebihan termasuk:

  1. Cemas, gelisah dan mudah tersinggung
  2. Peningkatan suhu badan
  3. Dehidrasi, cepat haus.
  4. Sakit kepala
  5. Pernafasan pantas
  6. Denyutan nadi meningkat
BACA:  3 Simptom Serangkai Covid-19. Kenali Simptom Coronavirus Sebelum Berjumpa Dengan Doktor

Bagi mereka yang overdos kafein akan menyebabkan seseorang itu mengalami denyutan nadi yang cepat, gelisah, muntah, keliru dan serangan panik.

Jika anda mengalami gejala-gejala ini, andaa dinasihati untuk segera mendapatkan bantuan perubatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel