Pengertian Istinja
Istinja menurut bahasa artinya terlepas atau selamat, dari bahasa Arab الْاِسْتِنْجَاء . Sedangkan istinja menurut istilah syariat Islam ialah bersuci sesudah buang air besar atau buang air kecil.
Cara Beristinja
Beristinja ini hukumnya adalah wajib bagi orang yang baru saja buang air besar maupun buang air kecil, baik dengan air ataupun dengan benda selain air. Benda selain air yang dapat digunakan untuk beristinja ialah benda yang keras dan kesat seperti batu, kertas atau daun-daun yang sudah kering.
Cara beristinja dapat dilakukan dengan salah satu tiga cara sebagai berikut:
- Membasuh atau membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan air sampai bersih. Ukuran bersih ini ditentukan oleh keyakinan masing-masing.
- Membasuh atau membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan batu, kemudian dibasuh dan dibersihkan dengan air.
-
Membasuh dan membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil dengan batu atau benda-benda kesat lainnya sampai bersih. Membersihkan tempat keluar kotoran air besar atau air kecil ini sekurang-kurangnya dengan tiga buah batu atau sebuah batu yang memiliki tiga permukaan sampai bersih. Rasulullah saw. bersabda sebagai berikut:اَنَّهُ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّبِقَيْنِ فَقَالَ : اِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ, اَمَّا اَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ وَاَمَّاالْاَخِرُ فَكَانَ لاَيَسْتَنْزِهُ مِنْ بَوْلِهِ ـ رواه البخارى ومسلمArtinya: “Sesungguhnya Nabi saw. melalui dua buah kuburan, kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya kedua orang yang berada dalam kubur itu sedang disiksa. Adapun salah seorang dari keduanya sedang disiksa karena mengadu-ngadu orang, sedangkan yang satunya sedang disiksa karena tidak menyucikan kencingnya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Tatacara Yang Betul Untuk Beristinja
Sekiranya sebelum ini kita hanya pancurkan air sahaja di dubur kita dan meletakkan sabun pada dubur kita, cara itu tidak sempurna. Itu adalah penyebab mengapa kentut kita berbau dan kadang kadang ada kesan najis pada seluar dalam kita. Sah kah jika dibawa solat? Tentunya tidak. Jadi bagaimana cara yang sebetulnya beristinja?
Yang Pertama, setelah selesai membuang air, hendaklah kita berdehem untuk mengeluarkan sisa sisa najis daripada kemaluan kita. Teran atau tekan sedikit perut kita untuk mengeluarkan najis daripada dubur kita. Setelah yakin tiada lagi najis, teruskan dengan langkah kedua.
Seterusnya, duduk sepertimana kita duduk tahiyat dan pancurkan air ke dubur kita. Tekan pada bahagian hujung tulang sulbi, dan urut sehingga ke pangkal dubur kita untuk mengeluarkan sisa sisa yang masih ada di dalam dubur kita. Basuh dan gosok lah sehingga kita tidak lagi merasa licin kerana yang licin itu adalah najis. Setelah yakin bahawa dubur kita bersih, sabunlah pada bahagian dubur kita supaya wangi dan kita terhindar daripada was-was.
Kesimpulan
Isu Taharah bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan atau diambil mudah oleh kita sebagai umat Islam kerana ia berkait rapat dengan ibadah kita. Oleh itu, kita seharusnya lebih cermat dan teliti ketika kita beristinja kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Sumber: Azizul Hakim
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel