≡ Menu

Kencing Manis? Turunkan Paras Gula Dengan Daun Ini!


Apa yang menakutkan mengenai penyakit kencing manis? Selain daripada menyebabkan kaki anda dipotong, penyakit kencing manis juga penyumbang utama kepada buta secara tiba-tiba. Dan anda mungkin salah seorang bakal sasaran seterusnya..kerana menurut perangkaan Jabatan Kesihatan Malaysia, penyakit ini sedang berkembang sangat pantas di Negara kita. Lebih daripada 1/3 pengidap penyakit ini tidak sedar bahawa mereka sedang menghidapinya sehinggalah sudah berada di tahap kronik.

Apa lagi yang menakutkan tentang penyakit maut ini? Selain daripada kos rawatan yang sangat membebankan, tidak terkecuali anda juga akan mati pucuk! Tahukah anda kencing manis menctuskan penyakit maut lain? Bagaimana ia terjadi? Penyakit kencing manis boleh menyerang tanpa mengira usia. Antara simptom penyakit ini adalah lesu, kebas pada tangan atau kaki, luka lambat sembuh dan kerap rasa dahaga.

Orang yang mengidap diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, berbanding orang yang tiada kencing manis. Ia juga turut mengundang penyakit buah pinggang. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Di Malaysia, antara punca utama adalah dari diet kita. Orang kita memang sangat gemarkan makanan manis. Pengambilan makanan dan minuman yang bergula tinggi menyebabkan pankreas kita berkerja kuat sehingga akhirnya ia tidak lagi mampu menghasilkan insulin secara normal. Kesannnya gula berlebihan didalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

BACA:  Alamak! Nafas Bayi Anda Berbunyi? Bahaya Ke Tak? Baca Penjelasan Doktor Ini

Ini menyebabkan sel sel dalam badan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Sel yang rosak pula tidak dapat dibaiki, manakala sel yang mati pula tidak dapat diganti. Ini termasuklah sel darah merah. Inilah yang seterusnya yang mencetuskan pelbagai penyakit maut tambahan lain seperti penyakit buah pinggang (nefropati diabetic), gout, buta dan serangan jantung.

Kerana semakin lama ia akan semakin merosakkan salur darah, saraf, dan organ-organ penting sehingga ia tidak mampu berfungsi lagi, dalam masa yang singkat. Jangan angkuh anda mampu menghadapinya kerana penyakit-penyakit ini mampu mencabar anda dari segenap sudut. Dari sudut fizikal, kewangan dan emosi. Bayangkan rawatan dialysis penyakit buah pinggang menelan kos sebanyak RM2400 sebulan! Itu sangat membebankan bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Belalai Gajah: Apa rahsia tumbuhan ini dalam merawat kencing manis?
Pernah dengar mengenai pokok belalai gajah?  Sebenarnya tumbuhan ajaib ini sudah lama digunakan sebagai rawatan alternatif dalam merawat kencing manis di Thailand dan Negara China, namun ia kurang diketahui oleh rakyat negara kita sebagai salah satu penawar kencing manis yang berkesan.

BACA:  Anak Anak Adalah Pintu Rezeki. Bahagiakan Mereka, Nescaya Pintu Rezeki Akan Terbuka

Bagaimana tumbuhan ini berfungsi merawat penyakit diabetes? Khasiat yang terdapat pada tumbuhan ajaib ini berfungsi membantu pancreas pada badan kita menghasilkan lebih banyak insulin, seterusnya akan membantu badan kita menurunkan tahap gula dalam darah sehingga ke paras normal.

Apa yang menariknya, rawatan tradisional ini mampu memberi kesan menurunkan paras gula dalam masa yang singkat. Disebabkan ia tumbuhan semulajadi, maka ia hampir tiada kesan sampingan. Sesuai untuk orang yang mempunyai perut sensitif dan mempunyai alergik.

Sumber: Akuislam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel