≡ Menu

Kenapa Perempuan Sering Ditipu Lelaki Sebelum Berkahwin? Baca 3 Sebab Utama Ini


Kisah ‘seram’ tentang rumah tangga semakin menular dilaman sosial, ramai para isteri yang tidak betah berkongsi segala kisah duka hidup yang diikat oleh lelaki yang kononnya bergelar suami. Sanggup berkahwin walaupun tahu lelaki tersebut hanya bercakap kosong. Kenapa ini boleh terjadi?

Kita kena faham hati dan penerimaan manusia ini berbeza dan pelbagai rentak. Ada diantara kita matang berfikir dan selain dari itu senang dicucuk dengan impian rekaan yang dibuat-buat oleh pasangan mereka sebelum berkahwin. Mainan janji untuk mengubah hidup selepas berkahwin bukanlah perkara yang mudah untuk ditepati. Ia sepatutnya perkara yang harus diusahakan sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga. Bukan pada pihak lelaki sahaja tetapi kedua-duanya.

BACA:  Wah! Begitu Banyak Manfaat Beramal Dengan Surah Al-Insyirah!

Mungkin ada diantara kita tertanya-tanya kenapa ada perempuan yang boleh jatuh ke tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab?

Terlalu percaya
Meletakkan kepercayaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Selagi kita belum berkahwin dengan lelaki itu, selagi kita tidak tinggal serumah dan selagi itulah kita tidak mengenali luar dalam seseorang itu. Tak salah untuk ambil masa selama mana pun untuk develop rasa percaya itu. Perhatikan gerak-gerinya, sebaiknya anda harus tahu latar belakang seperti pekerjaan, keluarga dan rakan rapat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bergantung pada lelaki
Dunia yang serba-serbi pantas dan dalam keadaan ekonomi tidak menentu seharusnya kaum wanita patut sama-sama mengorak langkah mencari pendapatan. Cukup-cukuplah untuk berharap pada suami sahaja lebih lagi dengan suami yang sudah ‘lintang-pukang’ pekerjaannya. Sewaktu bercinta lagi anda harus bijak dalam menjaga aspek kebergantungan, hidup berdua saling bergantung bukan mengantung leher salah seorang.

Tidak lihat pada komitmen
Buta kerana cinta sehingga lupa tentang siapa sebenar lelaki yang kenali. Ramai yang tidak lihat pada komitmen tanggungjawab seperti pekerjaan, keluarga dan masa depan. Gopoh dalam membuat keputusan untuk berumah tangga tanpa memikirkan aspek mental dan kewangan.

Dari pengalaman yang diambil oleh kenalan terdekat penulis sendiri melihat kehidupan mereka (isteri) seperti ditangguk air keruh oleh si suami.

Walauapapun kita kena ingat ajal, maut dan jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT. Namun nasib hidup ini kita boleh mengubah. Sampai bila hendak dibuai dengan kata-kata manis seorang lelaki? Bergerak sendirilah..

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel