≡ Menu

Kenapa Dalam Bacaan Solat, Ada Yang Kuat, Dan Ada Yang Perlahan? Ini Asal Usulnya


Bacaan dalam sembahyang boleh dibahagikan kepada dua iaitu bacaan kuat (jahar) dan juga perlahan (israr).

Israr adalah bacaan secara perlahan dan hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri, dan kadar israr sekurang-kurangnya ialah bunyi yang keluar daripada pergerakan lidah. Israr juga bermakna suara perlahan yang dapat didengar oleh orang disamping atau di sisi sahaja seperti suara orang berbisik. Suara jahar pula bermaksud mengeraskan suara, mengeluarkan suara yang tinggi, dan nyaring.

Seperti yang kita ketahui, bacaan kuat oleh imam dibaca ketika solat pada waktu malam iaitu Maghrib, Isyak dan juga Subuh. Manakala pada waktu solat Zohor dan Asar, bacaan ketika solat dibaca dengan perlahan oleh imam.

Sejarah Tentang Bacaan Kuat Dan Perlahan Ketika Solat
Bacaan kuat dan perlahan dalam solat ini sebenarnya bermula ketika awal perkembangan Islam. Ketika masih berada di Mekah, Rasulullah SAW pada mulanya membaca dengan kuat dalam semua sembahyang, dan pada masa itu orang-orang musyrikin Mekah menghina Allah dan juga baginda sendiri.

BACA:  Obesiti Boleh Mengakibatkan 13 Jenis Kanser Ini!! Nauzubillah

Justeru, ayat ini di bawah diturunkan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”

Ayat di atas membawa pesanan kepada Nabi SAW supaya mengambil bacaan pertengahan, iaitu menjaharkan pada sebahagian waktu dan juga israr pada sebahagian waktu yang lain.

Pada waktu tertentu, Rasulullah SAW membaca perlahan bagi mengelakkan gangguan kaum musyrikin, dan pada waktu lain pula Rasulullah SAW membaca kuat supaya didengari oleh para sahabat.

BACA:  Melayu akan bebaskan Baitulmaqdis - Sheikh Nawaf

Bacaan dikuatkan dalam sembahyang Maghrib, Isya’ dan Subuh kerana orang musyrikin akan makan pada waktu-waktu ini dan kemudiannya tidur.

Bacaan juga dikuatkan pada dua rakaat yang pertama bagi menimbulkan semangat kepada orang yang sedang bersembahyang pada waktu waktu malam. Sedangkan bacaan diperlahan pada waktu Zohor dan Asar untuk mengelakkan gangguan pada siang hari.

Sekalipun, pada masa sekarang tidak ada lagi gangguan seperti yang dialami oleh Nabi SAW dan para pengikut baginda saat awal penyebaran Islam, namun hal ini masih diteruskan sebagai satu sunnah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel