≡ Menu

Kenali Aromaterapi Yang Diperkenalkan oleh Islam!


Selain itu, sejenis wangian lain adalah Bakhoor. Ia merupakan wangian yang banyak digunakan oleh masyarakat Islam di beberapa wilayah Arab dan sekitarnya.

Wangian yang dihasilkan adalah gabungan daripada beberapa bahan seperti potongan atau serpihan kayu kecil dan diberi nama oud dalam kalangan masyarakat Islam di Timur Tengah, Parsi serta India.

Serpihan kayu ini merupakan kulit kayu pokok yang dikatakan hanya tumbuh di wilayah Assam, India. Pokok ini dikenali sebagai pokok Agar. Kulit kayu Agar yang mempunyai sejenis kulat kayu sebagai punca menjadikan kulit kayunya mempunyai warna gelap dan mengeluarkan bau wangi.

Kayu Agar boleh dibakar bersama campuran minyak kasturi, ros dan ambar. Selain kayu Agar, kulit kayu lain yang boleh dijadikan oud ialah kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pala dan sebagainya.

BACA:  Isteri, Jangan Sesekali Beri Suami Pakai Skinny Jeans..Ini Sebabnya!
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

MENCERIAKAN SUASANA

Kayu yang dibakar menggunakan bara api ini akan menghasilkan asap berbau harum untuk mewangikan kawasan rumah, pakaian dan badan. Golongan wanita di wilayah Islam di atas sering mewangikan ruang rumah mereka menggunakan kaedah ini khususnya untuk menyambut tetamu, mengadakan majlis perkahwinan dan majlis-majlis istimewa keluarga.

Amalan mewangikan ruang kediaman untuk menerima tetamu dianggap sebagai satu cara terbaik mengalu-alukan kedatangan tetamu. Malah asap yang dihasilkan oleh kayu Agar ini juga digunakan untuk mewangikan rambut dan pakaian.

Disebabkan oleh amalan tradisi ini yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam di wilayah Timur Tengah, India dan Parsi, maka industri penghasilan oud dan minyak wangi telah berkembang pesat. Ia turut mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Islam yang telah berhijrah ke Barat seperti di Amerika Syarikat dan Eropah.

Masyarakat Kristian, Hindu dan Buddha juga mengamalkan penggunaan wangian dalam kehidupan mereka terutama di tempat beribadat masing-masing.

BACA:  Hukum Menangis Ketika Solat. Batalkah Solat Kita?

Masyarakat Hindu dan Buddha lebih kepada penggunaan wangian yang dibuat dalam bentuk colok iaitu menggunakan habuk kayu dan bahan lain yang disalut pada sebatang kayu atau buluh sebelum dibakar untuk menghasilkan asap serta bau.

Masyarakat di wilayah ini turut mempercayai bahawa wangian daripada kayu Agar juga mampu untuk meredakan dan menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit tekak, asma, sakit dada dan mual.

Tradisi diamalkan masyarakat Islam ini mempunyai persamaan dengan amalan hidup moden pada masa ini di mana pati minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan seperti frankincense, lemon, lavender dan pudina digunakan sebagai penenang, haruman serta penawar penyakit.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel