Geli, jijik, kotor dan menakutkan itulah yang perkataan keluar dari mulut setiap orang bila bertanyakan tentang tikus menjadi belaan yang tidak dijemput didalam rumah. Tikus antara binatang perosak yang akan mengigit apa jua perabot, kelengkapan rumah, pakaian dan paling teruk memusnahkan segala makanan simpanan anda.
Dalam diam tikus membawa 1001 penyakit pada tuan rumah sehingga boleh meragut nyawa. Najis atau cecair yang ada pada tikus mengandungi organisma seperti virus, bicilli atau rickettesia daripada tikus yang efektif terkena pada manusia. Terdapat juga penyakit yang disebabkan oleh agen yang menjadikan tikus sebagai perumah seperti kutu, tungau, sengkenit dan hama.
Jika anda masih ambil remeh tentang masalah tikus didalam rumah, baca tentang penyakit yang boleh anda terkena jika terus membela ia.
Demam berdarah
Lebih dikenali sebagai Hemorrhagic fever with renal syndrome iaitu demam bersama pendarahan bersama sindrom kegagalan ginjal. Penyakit ini biasanya mula dari 2-8 minggu setelah terkena. Gejala awal boleh dilihat dengan sakit kepala, senak punggung dan perut, demam, menggigil, mual dan penglihatan kabur. Tanda diwajah pula berlaku perubahan warna mata dan kulit jadi kemerahan.
Penyakit kencing tikus
Disebabkan dari bakteria Leptospira yang disebarkan melalui tikus dan kini pada haiwan lain. Leptospirosis menjangkiti manusia melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kencing tikus dan aktiviti berenang dalam air yang tercemar dengan bakteria tersebut. Antara gejala-gejala penyakit leptospirosis adalah demam yang tinggi, sakit badan, sakit kepala, muntah dan konjunktivitis.
Gigitan tikus
Jaga-jaga dengan tikus yang menginap di dapur anda ia boleh menghadiahkan anda rat bite fever. Penyakit ini hasil dari makanan dan minuman yang dimakan atau terkena air liur tikus. Simptom sama seperti yang lain bermula dengan demam, muntah, sakit otot dan kemudian timbul ruam gatal kemarahan. Jika tidak dirawat dengan pantas kemungkinan boleh membawa maut.
Takut? Mulalah operasi membasmi ia secara besar-besaran. Selamatkan nyawa anda sekeluarga
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel