≡ Menu

Kekurangan Vitamin Ini Boleh Menyebabkan Kita Hilang Penglihatan! Awas


Masyarakat kini perlu mengambil berat terhadap gaya pemakanan harian masing-masing, pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika gaya pemakanan tidak di titik beratkan. Antara risiko penyakit yang bakal dihadapi adalah obesity, diabetes, dan pelbagai penyakit lain yang lebih serius.

Nah ekoran isu gaya pemakanan yang tidak bagus ini ramai generasi muda yang tidak mengambil berat terhadap pemakanan yang diambil dan tidak mengetahui apakah risiko yang bakal berlaku ke atas tubuh badan mereka sendiri.

Aspek pemakanan perlu dititik beratkan kerana pengambilan makanan yang betul mengikut keperluan tubuh badan akan menjadikan manusia lebih cergas, bertenaga, sihat dan kuat. Manakala bagi yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan akan menerima kesan yang tidak sihat dalam tubuh badan mereka.

Seorang remaja di Bristol, England telah hilang penglihatan kerana kekurangan vitamin dalam badan dek kerana gaya pemakanannya yang tidak seimbang dan tidak pernah mengambil makanan bersumberkan vitamin dalam hidupnya.

Jangan pernah memandang rendah keperluan vitamin kerana ia memainkan peranan penting dalam menstabilkan kesihatan tubuh badan manusia. Bukan itu sahaja, vitamin juga terdiri dari pelbagai jenis dan pelbagai fungsi yang tersendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kehilangan Penglihatan Kerana Kekurangan Vitamin
Bayangkan jika seorang remaja hanya berbekalkan potato chips, roti dan sosej sebagai diet harian selama bertahun-tahun tanpa sebarang sayur-sayuran mahupun buah-buahan, tidak mustahil masalah hilang penglihatan boleh berlaku.

BACA:  Berdamping Dengan Makhluk Halus? Boleh Ke Dalam Islam? Ini Jawapannya

Masalah penglihatan berlaku dek kerana kekurangan sumber vitamin yang diperlukan di bahagian mata ia kenali sebagai Nutritional Optic Neuropathy (NON). Saraf optic memiliki berjuta-juta serat yang mana ia bertanggungjawab memindahkan maklumat visual daripada retina mata kepada otak.

Jika serat menjadi rosak kerana kekurangan vitamin, maka saraf optik akan kehilangan fungsi untuk menghantar mesej kepada otak. Meski masalah Nutritional Optic Neuropathy ini lambat berlaku dan tidak menyakitkan ia akan memburukan tahap penglihatan mata secara perlahan-lahan.

Dan kadang kala ia juga mampu menyebabkan masalah warna pada mata dan juga berkemungkinan untuk menghadapi masalah hilang penglihatan secara kekal.

Apa Itu Nutritional Optic Neuropathy
Nutritional Optic Neuropathy (NON) merupakan masalah saraf optic yang tidak berfungsi. Ia berlaku kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan bagi menggerakan fungsi serat saraf.

Kebiasaannya nutrisi atau vitamin yang diperlukan bagi meneruskan fungsi serat saraf mata ini adalah vitamin folic asid dan vitamin B complex.

Kekurangan kedua-dua vitamin ini adalah kerana kekurang nutrisi, pengamalan gaya pemakanan yang tidak betul atau masalah alcohol yang kronik.

Nutritional Optic Neuropathy ini memiliki karakteristik yang lambat bertindak dan tidak menyakitkan apabila penglihatan mula merosot.

Selain itu, masalah ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah fungsi warna dan jika ia tidak dirawat dengan segera ia akan menyebabkan masalah penglihatan secara kekal.

Rawatan Nutritional Optic Neuropathy
Untuk merawat masalah ini, gaya pemakanan perlu diatur semula bagi melengkapkan masalah kekurangan nutrisi yang diperlukan. Biasanya rawatan ini memerlukan vitamin folic asid, vitamin B complex dan protein.

BACA:  Ketahui 4 Jenis Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Mood Swing

Untuk mengubah masalah gaya pemakanan agar lebih teratur, anda perlu komitmen dan berdisiplin terhadap pemilihan makanan yang diambil. Mungkin pelbagai aspek masalah yang menyukarkan anda untuk mengikuti dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat antaranya adalah masalah kewangan, habit pemakanan dan sebagainya.

Tetapi masalah sedemikian boleh diatasi dengan mengatur semula gaya pemakanan harian dengan menu yang sihat dan bersesuaian mengikut keperluan tubuh badan seharian. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan terkandung pelbagai vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan.

Mulakan dari hari ini untuk membentuk habit pemakanan yang sihat dan bagus demi untuk mencegah masalah kekurang zat serta vitamin. Ingat dek kerana kekurangan vitamin yang diperlukan untuk mata, anda berkemungkinan untuk hilang penglihatan selama-lamannya.

Tubuh anda dan kesihatan anda adalah tanggungjawab diri yang perlu dititik beratkan. Jangan kerana nak diet atau berjimat sehingga menyebabkan kesihatan diri jatuh sakit. Ianya tidak berbaloi.

Sayangi diri dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan berdisiplin. Serta aktifkan diri dengan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam dua atau tiga kali seminggu dan amalkan gaya hidup yang sihat!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel