≡ Menu

Kekeliruan jantina: ‘Nur Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir’ – JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat bagi meleraikan isu kekeliruan identiti dan jantinanya.

Hasrat itu disuarakan dalam satu kenyataan terbuka di laman media sosial Facebook milik Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Izwan Yusof.

“Saya berhajat untuk berjumpa Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.”

BACA:  Jihad Di Palestin Adalah Wajib Bagi Seluruh Umat Islam!

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke JAKIM untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7.

Sejujurnya, pihak Jakim sedia membantu dan memberi khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir kerana ia akan membantu jiwa lebih tenang,” nasihat Jakim kepadanya.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Facebooknya bersetuju hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

BACA:  Doa Nabi Untuk Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Kaya Raya

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum.”

Sebelum ini, Nur Sajat yang dipercayai nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 33 tahun, menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenarnya adalah sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenarnya.

Sumber: Astro Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel