Apa itu kolagen?
Bila umur seseorang bertambah dan semakin meningkat dewasa, sel kolagen mereka akan semakin berkurangan. Jumlahnya akan terus merosot apabila mereka memasuki usia awal 20-an. Perkiraan kehilangan kandungan kalogen dari badan kita sehari adalah dengan purata 1 hingga ke 4 gram.
Sekumpulan pakar dari Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan Universiti Chungsing, Taiwan dalam satu kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa kaki ayam mempunyai begitu banyak kolagen.
Kaki Ayam Banyak Kalogen
Anda mahu kulit yang cantik? Jika anda inginkan kulit yang cantik serta nampak awet muda, eloklah anda makan kaki ayam sekerap mungkin. Tak kiralah samada dibuat kari, masak lemak, sup atau kerabu.Ramai yang tidak memakan kaki ayam. Mungkin mereka fikir ianya jijik, tidak ada isi atau sebaliknya.
Kaki ayam mempunyai kolagen semulajadi. Jika anda adalah penggemar kaki ayam, anda tidak perlu lagi membeli sebarang suplemen yang mahal-mahal semata-mata ingin menambah kolagen dalam badan.
Bagi kaum wanita terutamanya yang semakin meningkat usia, mereka sangat-sangat memerlukan kolagen. Kalogen yang diperlukan tidak memerlukan modal yang banyak. Hanya perlu memakan kaki ayam yang bertulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan kalsium, protein, kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh badan.
Kulit Cantik Berseri
Kolagen yang diperolehi pada kaki ayam sangat tinggi. Difahamkan jumlahnya sama banyak sepertimana yang terdapat dalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai vitamin C. Sesiapa yang gemarkan kaki ayam biasanya kulit mereka pasti cantik berseri.
Kerap memakan kaki ayam juga akan menyebabkan kurangnya garis halus penuaan pada kulit, kulit makin elastik dan tegang, kulit pinkish secara semulajadi, lembut seperti bayi. Parut jerawat dan jeragat juga akan semakin berkurangan.
Kekerapan memakan kaki ayam mempunyai banyak lagi kelebihan lain seperti bibir yang cerah, tona kulit dan lain-lain lagi. Kalau anda peminat rancangan korea kat TV, tentu anda perasan artis Korea suka meratah kaki ayam. Sebenarnya tujuan mereka adalah untuk menjadi awet mudah semulajadi.
Selain daripada kaki ayam, kaki ketam juga dilaporkan mempunyai banyak kolagen, namun kaki ketam agak sukar dimakan kerana terlalu keras.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel