≡ Menu

Kebaikan Makan Jeruk Yang Tak Ramai Orang Tahu. Ingatkan Memudaratkan, Rupa-Rupanya


Siapa kat sini suka sangat makan jeruk, asam-masin dan apa jua makanan yang dijerukkan?

Penulis tidak..sudah lama betul penulis berpantang dari mengambil makanan jeruk atau yang masam-masam. Sebabnya memang penulis tidak tahan dengan makanan masam dan trauma dengan rasa sakit perut pedih dan senak akibat dari asid.

Sebenarnya bukan makanan berjeruk sahaja mengandungi asid atau rasa masam, anda perlu tahu tomato, buahan jenis citrus, minuman soda, kopi dan cuka juga pun sama. Ianya bergantung kepada tahap keteguhan perut kamu dalam mencerna makanan yang tinggi asid.

Kebaikan sumber makanan masam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia juga bernutrisi kerana dikatakan tinggi dengan vitamin C, pottasium dan folik asid tapi kecuali minuman soda dan kopi.

BACA:  3 Cara Mudah Untuk Kekal Sihat Dalam Masa 14 Hari!

Buah-buahan atau sayuran yang telah dijerukkan juga kaya dengan manfaat seperti memperbaiki kadar insulin dalam badan, mengurangkan diabetes, menurunkan berat badan dan dapat melegakan ketegangan otot.

Seperti yang kita tahu juga yogurt salah satu sumber makanan perap yang mengandungi bakteria baik dikenali probiotik dimana memberi pelbagai manfaat kesihatan usus terutamanya. Malah pada mereka yang mengalami masalah laktosa dengan susu sesuai mengambil yogurt.

Buahan dan sayuran yang telah dijerukkan rupanya masih mempunyai antioksida dimana membantu melawan bahaya radikal bebas. Ianya sedikit sebanyak mencegah dari masalah sakit jantung atau kanser. Namun anda perlu ingat buahan segar atau sayuran jeruk tertentu sahaja yang baik untuk kesihatan.

BACA:  7 Tanda Mengenali Jodoh Anda Serasi Atau Tidak. Pilihlah Sebaiknya

Kalau anda gemar bungkusan buahan jeruk yang penuh dengan gula dan pewarna itu silap.

Apa yang anda perlu faham disini ialah makan masam terdapat dalam dua kategori – sumber asli tinggi asidik atau telah dijerukkan dan makanan yang sudah basi. Ada orang panggil masam juga sebagai basi, jadi hati-hati ya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel