≡ Menu

Keadaan Semakin Tegang di Palestin Setelah Satu Hari Presiden Donald Trump Umum Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel


Mari kita lihat keadaan yang berlaku dunia setelah 1 hari presiden Donald Trump Mengumumkan Baitulmaqdis milik Israel:

1. Hamas Menggesa Rakyat Palestin Untuk Memulakan Intifada ke Tiga dan Bangkit Menentang Israel.

Rakyat Palestin digesa untuk mengetepikan usaha damai dan menumpukan kepada kebangkitan baru ke atas Israel, susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu. Gesaan oleh Pergerakan Hamas itu disuarakan Ketuanya, Ismail Haniyeh, ketika berucap di Gaza, semalam.

“Kita seharusnya menumpukan kepada usaha melancarkan intifada baru bagi menghadapi musuh dari rejim Zionis”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Rakyat Palestin Digesa Untuk Demonstrasi Secara Besar-Besaran 

Pihak berkuasa Palestin menggesa orang ramai untuk berdemonstrasi secara terbuka di Tebing Barat, Baitulmuqaddis Timur dan Gaza, bagi membantah pengumuman Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Berita itu dilaporkan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA), yang mengatakan pejabat, kedai dan sekolah ditutup di banyak bandar Palestin. Ia bagi menunjukan protes serta merta yang berlaku di Baitulmaqdis, Ramallah dan  Gaza.

BACA:  Awas 5 Tanda Anak Mula Menjadi Bos Kepada Ibu Dan Ayah!

3. 49 Rakyat Palestin Cedera Dalam Menghadapi Tentera Israel di Tebing Barat

Ia insiden terbaru dalam siri serangan membabitkan pisau, senjata dan rempuhan kereta oleh Palestin yang meletus sejak Oktober lalu susulan lawatan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Samantha Power ke Israel dan wilayah Palestin untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin kedua belah pihak.

Dalam kejadian pertama, dua remaja berusia 15 tahun menyerang peronda Israel di barat kota Jenin dengan batu sebelum menembak tentera dengan senapang, kata satu kenyataan tentera.

Hari sama, seorang Palestin cuba menikam polis sempadan Israel di antara Baitulmaqdis dan Baitullaham di Tebing Barat sebelum ditembak mati, kata pihak berkuasa Israel.

Seorang lagi wanita muda Palestin yang cuba menikam polis Israel ditembak dekat bandar Hebron di Tebing Barat, kata polis Israel. Penyerang dikenali sebagai Yasmin al-Zaru, 20, mati sebaik tiba di hospital.

4. Pemimpin Dunia Membantah Tindakan Trump 

Pemimpin dunia hari ini membantah keputusan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

BACA:  Patutlah Kurus! Contohi Cara Pemakanan Orang Cina

Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan, negaranya tidak menyokong pendirian Trump kerana status Baitulmaqdis memerlukan rundingan dalam rangka kerja penyelesaian dua negara.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan keputusan Trump amat dikesali dan dibantah oleh Perancis.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, seluruh dunia menentang keputusan itu yang merupakan tindakan yang salah dan langkah bahaya.

Sekutu AS, Jordan melalui jurucakap kerajaan, Mohammed Momani mengecam Trump yang disifatkan telah mencetus kemarahan umat Islam dan Kristian.

Kesatuan Eropah (EU) pula amat bimbang dengan kesan terhadap keputusan itu dan menegaskan pendirian pihaknya yang tidak berubah dan mahu status Baitulmaqdis diselesaikan melalui rundingan.

Mesir melalui kenyataan Kementerian Luarnya menyifatkan Trump telah mencabul resolusi antarabangsa dan menggugat kestabilan rantau Arab dan proses damai Israel-Palestin.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel