BAITULMAQDIS: Israel enggan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah. Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkeras bahawa Baitulmaqdis ‘sentiasa’ menjadi ibu negara Israel.
“Kami tidak terima resolusi ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami. Namun, saya hargai semakin banyak negara yang menerima perkara ini. “Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan Duta AS Nikki Haley kerana mempertahankan Israel,” katanya dalam satu video di Facebook.
Pengumuman yang dibuat Trump pada 6 Disember lalu tersasar jauh dari polisi luar negara tersebut yang telah menerima konsensus bahawa nasib Baitulmaqdis wajar ditentukan melalui rundingan.
“Kami tidak terima” kata Israel kepada PBB
Israel enggan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah.
Sumber: Astro Awani
Netanyahu kutuk negara sokong resolusi PBB
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk keputusan undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, yang menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.
Bagaimanapun, Netanyahu berkata, beliau berpuas hati dengan jumlah negara yang tidak terbabit dalam undian itu.
“Israel menolak sepenuhnya resolusi yang tidak masuk akal ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami, selama-lamanya,” katanya dalam video yang dimuat naik secara atas talian oleh jurucakapnya.
Dalam proses undian semalam, resolusi itu mendapat sokongan 128 negara dan menerima bantahan dari sembilan negara.
Selain Amerika Syarikat dan Israel, resolusi dibantah oleh Guatemala, Honduras, Togo, Micronesia, Nauru, Palau dan Kepulauan Marshall.
Sebanyak 35 negara memilih berkecuali, termasuk Argentina, Australia, Kanada, Croatia, Republik Czech, Hungary, Latvia, Mexico, Filipina, Romania dan Rwanda. – AFP
Sumber: Berita Harian
128 negara bidas AS walaupun selepas ugutan tarik balik bantuan
NEW YORK: Sebanyak 128 negara membidas keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dalam undian menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam menyeru Washington menggugurkan langkah itu.
Ia di sebalik ugutan Trump untuk menyekat bantuan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi tersebut, yang bagaimanapun tidak boleh dikuatkuasakan.
Walaupun majoriti anggota PBB menyokong usul menghentam AS itu, ancaman Trump dilihat mempunyai kesan, melihat kepada lebih ramai negara yang membantah atau mengambil pendirian berkecuali dalam resolusi berkait Palestin.
Sembilan negara anggota menyertai Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalam membantah resolusi itu, sementara 35 berkecuali. Sebanyak 21 negara anggota tidak mengundi.
Negara yang menyokong Israel ialah Guatemala, Honduras, Marshall Islands, Micronesia, Palau, Nauru dan Togo, sementara Australia, Canada, Mexico, Argentina, Colombia, Czech Republic, Hungary, Poland, Filipina, Rwanda, Uganda dan Sudan Selatan antara negara yang mengundi untuk “berkecuali”.
Keputusan Honduras menyokong AS menyusul selepas Washington memberi petanda akan mengiktiraf Presiden Juan Orlando Hernandez sebagai pemenang pilihan raya di negara itu, walaupun ditentang Pertubuhan Negara Amerika kerana amalan penipuan.
Sekutu Washington di Barat dan dunia Arab bagaimanapun enggan akur dengan ancaman AS itu. Mereka termasuk Mesir, Jordan dan Iraq yang menerima bantuan ketenteraan.
Baitulmaqdis merupakan kota suci 3 agama – Islam, Kristian dan Yahudi.
Sebelum undian semalam, Duta AS ke PBB Nikki Haley membuat ugutan tidak langsung untuk menghukum mereka yang menyokong usul mengutuk langkah Trump itu.
“Amerika Syarikat akan mengingati hari ini, di mana ia menjadi sasaran serangan di Perhimpunan Agung semata-mata kerana menjalankan haknya sebagai negara berdaulat,” katanya.
“Kami akan mengingatinya apabila kami diseru untuk membuat sumbangan terbesar dunia kepada PBB, dan apabila ramai negara datang kepada kami untuk kewangan dan pengaruh kami demi kepentingan mereka.”
Antara kuasa Eropah yang menyokong usul mengutuk AS itu ialah Perancis. Sementara kerajaan Iran berkata keputusan undian itu menunjukkan penolakan jelas masyarakat antarabangsa terhadap “ugutan samseng” oleh AS.
Sumber: FMT
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel