≡ Menu

“Kalau Pakai Tudung Nanti Takut You Pengsan Sebab Panas”-Gadis ini kongsi cerita dilarang bertudung untuk diterima bekerja.


LARANGAN bertudung di Malaysia? Merepeklah! Tipulah! Itu adalah pemikiran saya dahulu. Saya rasa takkanlah di Malaysia, majoriti muslim ni pon nak larang. Tak percayalahhh..tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru tahu betapa parahnya Malaysia sekarang ni. Ini serius, tak kelakar (dalam nada sinis).

Ya, saya salah seorang muslimah yang terkena dengan larangan bertudung utk bekerja ini secara halus. Pernah pergi ‘interview’ salah satu NGO sebagai seorang ‘field researcher‘ di mana tugasannya akan banyak berada di dalam hutan berminggu-minggu malah mungkin berbulan.

Sebelum di ‘interview’ saya diberi questionnaire untuk dijawab yang mana kebanyakan soalannya perihal agama (do you perform religious meditation/rituals, do you perform any diet or fasting, and such..) pelik juga awalnya.

Tapi teruskan sahaja menjawab sambil berpegang dengan jatidiri sebagai seorang muslimah!

Bila di ‘interview’ soalan-soalan itu juga yang ditanya balik. Adakah saya perlu memakai tudung 24 jam, adakah saya perlu berpuasa, adakah saya melakukan solat 5 waktu, adakah saya seorang yang sangat ‘religious’.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saya menjawab secara jujur sambil berpegang dengan pendirian sebagai seorang muslim. Tapi makin lama soalan semakin pelik. Dalam hati.. “kau ni dah kenapa tanya soalan macam tu, dah tentu-tentu kau duduk Malaysia, walaupun Cina tapi macamlah tak faham norma orang Islam..pfttt”

BACA:  10 MITOS MAKANAN: YANG TAK SIHAT ITU SEBENARNYA SIHAT???

Rupa-rupanya akhir kalam, selepas berbasa-basi, secara jujurnya orang yang mereka cari dan berharap saya menuruti adalah:

– Tidak boleh pakai tudung;
– Tidak boleh berpuasa;
– Tidak boleh solat

Alasannya:

– Mereka takut saya pengsan jika pakai tudung dalam cuaca yang tak menentu dalam hutan;
– Mereka takut saya pitam jika berpuasa sambil menjalankan tugasan yang berat;
– Mereka tidak mahu ibadah solat melambatkan perjalanan rakan2 yang lain.

Saya senyum. Dalam hati, sangat-sangat marah sambil merenung betapa umat Islam dahulu berpegang dengan syariat Islam, walaupun sedang berperang, sedang berhijrah, bahkan sedang dikurung!

Mereka tidak pernah melonggar-longgarkan ibadah mereka. Semuanya dikerjakan tanpa sebarang masalah. Saya perlu tegas!

Saya jawab dengan baik, “saya orang iIslam memang itu semua kewajipan bagi saya. Tiada masalah bagi saya walau dimana dan cara bagaimana sekalipun..” (hey, I survive in Sarawak! where the muslims are not the majority.)

Tapi dia tetap tak puas hati! Dia masih memprovok saya dan menggunakan kaedah diplomasi supaya saya melonggarkan sedikit kewajipan saya, seperti:

– Boleh nak pakai tudung, tapi tak boleh menutupi leher;
– Tak perlu berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, gantikan je;
– Solat-solat tu, qada’kan je selepas kerja.

Saya senyum lagi. Dalam hati, “eh Cina ni..pandai pulak ganti-ganti, qada’-qada’ ni. Maksudnya dia tahu la Islam ni macam mana..hmm memang Islam ni kau yang punya nak gubal sesuka hati.” Dia dapat rasakan saya masih berpegang dengan pendirian saya, jadi sebagai kata akhir dia suruh saya fikir-fikirkan semula untuk menerima kerja tu.

BACA:  Hati-hati Dengan Singapura Sang ‘Israel Asia’?

Saya tak terima tawaran kerja tu.

Bukan sebab iman nipis senipis kulit bawang, bukan juga sebab tak mampu terima cabaran untuk bekerja sambil berpegang dengan jatidiri muslim, dan bukan juga kerana mereka Cina (mind you, i befriend with Indians, Chinese, and Ibans too).

Tapi kerana saya taknak bersekongkol dengan sebuah institusi pekerjaan yang memandang remeh dan menjadikan syariat islam sebagai satu bahan jenaka (ya, mereka gelak secara sarkastik ketika nak menegakkan hujah mereka untuk tidak patuh dengan suruhan dan larangan org Islam. How dare!)

Setiap muslimah ada hak untuk bekerja apa sahaja pekerjaan yang mereka sukai tanpa perlu melonggarkan jatidiri mereka sebagai muslimah!

Tak kisahlah jika anda bukan orang melayu (islam), jika anda rakyat Malaysia, anda sepatutnya faham dengan undang-undang islam yang memang dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia untuk dihormati!

Apatah lagi jika anda memang seorang Melayu (Islam) tapi tetap menyokong larangan bertudung di tempat kerja. Shame! Shame on you..

Sumber: fb Hannan Humaira via ismaweb

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel