≡ Menu

“Kalau Nak Keluarga Selamat, Jangan Post 5 Benda Ni Di Media Sosial”.


“Hari ni duduk rumah seorang, nak letak Instagram lah..”

Inilah antara kelakuan orang zaman sekarang. Pergi mana, makan apa sehinggalah ketika ahli keluaga tiada di rumah pun hendak diupdatekan dalam media sosial. Untuk pengetahuan anda, perlakuan ini amatlah berbahaya kerana dapat mengundang insiden yang tidak diingini. Ini adalah 5 perkara yang anda jangan kongsi kalau mahu keluarga anda selamat!

JANGAN KONGSI 5 BENDA NI DI MEDIA SOSIAL KALAU NAK KELUARGA SELAMAT

1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION

Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya. Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. BAGITAHU LOKASI RUMAH

Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah. Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita.

BACA:  7 Ganjaran Besar Selawat! Tapi Kita Pandang Sebelah Mata Sahaja!

3. TAYANG NO PLATE KERETA

Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni. Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita. Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT

Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita. Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi. Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web aduan@JPDP.gov.my. Pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!

BACA:  Ramai Yang Tak Nak Bagi Anak Makan Buah Naga Sebab Takut Comot. Tapi Kalau Mereka Tahu Khasiatnya..

5. BAGITAHU KELEWATAN KITA MENJEMPUT ANAK

Kadang kadang kita selalu buat posting ” aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah “. Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita. Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial. Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye.

 

SUMBER

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel