≡ Menu

Kahwin Lewat Punca Penduduk Tidak Bertambah! Jangan Ambil Mudah Tentang Perkahwinan


Sikap ramai wanita yang memilih berkahwin lewat dilihat boleh memberi implikasi negatif terhadap tahap kesuburan sekali gus menjejaskan bilangan penduduk di negara ini.

Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Hamid Arshat, berkata ketika ini purata kadar kesuburan wanita berusia 15 hingga 50 tahun di negara ini amat rendah iaitu 1.9, sedangkan sekurang-kurangnya ia patut pada tahap dua.

Katanya, kadar kesuburan yang amat rendah itu dianggap langsung tidak dapat membantu untuk menggantikan ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

“Apa yang merisaukan ialah apabila wanita memilih berkahwin lewat, kadar peratusan kesuburan mereka berkurangan dan tidak begitu produktif bagi menambah bilangan penduduk di negara ini.

“Bahkan ia juga boleh meningkatkan peratusan untuk penyakit membabitkan peranakan. Pada usia 20-an adalah kemuncak kepada kesuburan wanita, menghampiri 30-an kadar kesuburan hanya 50 peratus dan 40-an pula hanya 10 hingga 15 peratus saja.

“Berbeza golongan lelaki, mereka tidak mempunyai masalah, selagi sihat tubuh badan, biarpun berusia, benih lelaki tetap sihat,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semalam, menerusi perkongsian di Facebook, Dr Hamid meminta semua wanita muda untuk berkahwin pada usia lingkungan 20-an memandangkan purata sebuah keluarga memiliki anak adalah kurang daripada dua orang.

BACA:  Rumusan Geopolitik Dunia 2017

Situasi itu disebabkan oleh beberapa faktor seperti pendidikan, membina kerjaya, membantu ekonomi keluarga dan sebagainya.

Beliau berkata, lebih membimbangkan apabila golongan lelaki berkahwin dengan warga asing dan tidak mustahil rupa asal bentuk muka dan identiti yang melambangkan rakyat negara ini hilang disebabkan oleh perkahwinan campur itu.

“Khuatir jika identiti rakyat Malaysia ini akan berubah pada masa akan datang. Justeru saya menyeru wanita jika ada jodoh, berkahwinlah dengan segera dan jangan terlalu memikirkan faktor lain yang boleh melambatkan perkahwinan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kurikulum Malaysia, Prof Dr Saedah Siraj, berkata beliau bersetuju dengan pandangan Dr Hamid supaya wanita berkahwin awal kerana kesuburan wanita akan mula menurun apabila menghampiri usia 30-an.

BACA:  Tak Perlu Beli Krim Mahal Mahal, Atasi Masalah Ketuat Dengan 4 Petua Ini

Katanya, ketika wanita berusia 20-an mereka memiliki tubuh sihat, ceria, bertenaga, berwawasan dan sentiasa bersikap positif.

“Ketika inilah mereka elok berkahwin dan mendapat anak sebelum dikelilingi oleh masalah kehidupan lain. Ini kerana terdapat 99 unsur yang boleh mempengaruhi kandungan ibu untuk melahirkan zuriat sihat dan intelek.

“Bahkan melahirkan anak pada usia muda juga boleh memberi kesan positif kepada kesihatan menjelang usia 40-an. Ketika umur 40-an, wanita akan tampil lebih sihat dan bertenaga,” katanya.

Beliau berkata, selain itu dari segi pendidikan, ia boleh mendidik wanita untuk mempelajari pelbagai perkara berkaitan keibubapaan selain mereka lebih bersedia fizikal dan mental.

“Wanita muda lebih mudah untuk belajar tentang ilmu keibubapaan, berbanding jika berusia, banyak faktor yang akan menjadikan mereka mudah letih dan sebagainya,” katanya.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel