≡ Menu

Jihad Di Palestin Adalah Wajib Bagi Seluruh Umat Islam!


Allah Taala berfirman :

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض

artinya : “Dan orang-orang mukmin lelaki serta perempuan setengah mereka merupakan penolong kepada setengah yang lain”. (Al-Taubah : 71)

Firman Allah Taala :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

artinya : “Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi karena mereka telah dizalimi. Sesungguhnya Allah sangat mudah menolong mereka.” (Al-Haj : 39)

Friman Allah Taala :

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

artinya :“Dan berperanglah kamu sekelian pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu sekelian melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Baqarah : 190)

Dan firman Alla lagi :

فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ إِنَّهُمْ لا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنْتَهُونَ

artinya : “Maka perangilah olih kamu akan pemimpin-pemimpin kuffar itu kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, supaya mereka berhenti (dari kejahatan mereka)”. (At-Taubah : 12)

Firman Allah Taala :

وإن استنصروكم في الدين فعليكم النصر

artinya : “Dan jika mereka (orang-orang beriman yang lain) meminta pertolongan daripadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka wajib atas kamu semua memberikan pertolongan”. (Al-Anfal : 72)

Rasulullah saw bersabda :

انصر أخاك ظالما أو مظلوما. قالوا : يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما؟
قال : تحجزه عن الظلم

artinya : “Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi. Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Kami faham menolong mereka yang dizalimi tetapi bagaimana kami menolong mereka yang zalim? Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Halanglah dirinya daripada melakukan kezaliman”. (Hadith Bukhari)

Rasulullah saw s.a.w :

ما من امرأ مسلم يجذل امرأ مسلما في موطن ينتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا خذله الله تعالى في موطن يحب فيه نصرته, ما من أحد مسلما ينصر مسلما في موطن ينتقص فيه من عرضه وينتهك
فيه من حرمته إلا نصره الله في موطن يحب فيه نصرته

artinya : “Tidaklah dari kalangan orang beriman kalau membiarkan seorang muslim yang lain di negerinya dalam keadaan direndah-rendahkan maruah dan dinodai kehormatan mereka melainkan Allah Taala akan menghina mereka juga di negeri yang mereka pula nanti akan meminta pertolongannya. Dan tidaklah seorang muslim yang menolong seorang muslim yang lain di negerinya dalam keadaan direndah-rendahkan maruahnya dan dinodai kehormatan mereka melainkan Allah akan menolong juga mereka di negeri yang mereka ingin untuk mendapatkan pertolongannya”. (Hadith Ahmad)

Fatwa Ulama Muktabar Kewajipan Jihad

– Dalam kitab “Majma’ al-Anhar fi Syarh Multaqal Abhar” disisi pandangan mazhab Hanafi :

“Apabila musuh menguasai salah satu daripada negeri umat Islam maka jihad menjadi fardhu ain keatas seluruh umat Islam. Maka dibolehkan seorang isteri keluar berjihad tanpa meminta izin si suami manakala seorang hamba juga dibolehkan keluar berjihad tanpa izin majikannya bahkan si anak juga boleh keluar berjihad tanpa izin daripada kedua ibu bapanya”.

BACA:  Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

Pada kitab “Al-Bahru” juga ada menyebutkan :

“Sekiranya seorang wanita yang ditahan (menjadi tawanan perang) dikawasan timur maka wajib keatas mereka-mereka yang berada di barat sekalipun untuk membebaskannya”.

– Imam Ahmad al-Sowi al-Misri menulis dalam kitabnya tentang kefardhuan jihad iaitu“Balaghatul Salik li Aqrabul Masalik” disisi pendapat mazhab Maliki :

“Berjihad pada jalan Allah Taala untuk meninggikan agama-Nya adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah melakukannya sebahagian daripada umat Islam maka telah gugurlah kefardhuan keatas mereka yang lain. Akan tetapi ianya akan menjadi fardhu ‘ain ke atas semua umat Islam sebagaimana kefardhuan solat dan zakat”.

“Maka wajib keatas mana-mana ketua negara umat Islam menolong dan menyerang musuh yang telah mendatangi negara umat Islam bahkan setiap umat Islam yang berdekatan dengan negara tersebut wajib menolong mereka sekiranya rakyat negara tersebut lemah dan tidak berdaya. Para wanita dan hamba wajib bersama keluar menolong walaupun tidak mendapt keizinan daripada suami dan majikannya”.

– Imam al-Nawawi dalam kitab “al-Manahij” yang dikarang disisi pandangan mazhab Syafie :

“Adalah jihad pada zaman Rasulullah s.a.w. merupakan fardhu kifayah, dan ada pendapat yang mengatakan fardhu ‘ain. Dan jihad selepas zaman Rasulullah s.a.w. terhadap orang kafir ada dua keadaan :

i) Fardhu kifayah jika dalam negeri kuffar. Maka apabila sebahagian daripada orang Islam telah menunaikannya maka gugurlah kefardhuan daripada mereka yang lain.

ii) Jika mereka masuk kedalam negeri kita (negeri umat Islam) maka wajib untuk rakyat negara tersebut untuk mempertahankannya daripada diceroboh sedaya yang ada. Maka sekiranya mampu maka wajib mempersiapkan diri untuk berperang walaupun melibatkan orang-orang miskin, remaja, orang yang berhutang, hamba tanpa izin tuannya”.

4. Ibnu Qudamah dalam kitabnya “al-Mughni” ada menulis tentang hukum berjihad disisi pendapat mazhab Hanbali :

“Jihad merupakan fardhu kifayah, jika telah menunaikannya sebahagian daripada orang Islam maka gugurlah kefardhuan tersebut kepada yang lain.

Berjihad mempunyai tiga keadaan :

i) Apabila telah bertemunya dua kelompok tentera dan berhadapan dua saf tentera(antara muslimin dan kuffar) maka haram keatas sesiapa yang berada disitu untuk mengundurkan diri bahkan wajib menolong berjihad pada keadaan tersebut.

ii) Apabila telah masuk golongan kuffar kedalam negeri umat Islam maka wajib kepada seluruh umat Islam dalam negara tersebut untuk memerangi mereka dan mengalahkan musuh
.
iii) Apabila ketua (pemimpin negara) keluar bersama satu pasukan maka wajib juga ikut serta keluar berjihad bersama mereka.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Tidak aku ketahui akan sesuatu amal selepas daripada kefardhuan-kefardhuan yang lebih utama daripada berjihad bahkan peperangan di laut itu lebih utama berbanding di daratan”.

5. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf (Bekas Mufti Mesir) telah mengeluarkan fatwa yang bertarikh 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 1 Januari 1956 melalui Lajnah Fatwa Al-Azhar Mesir menyatakan :

“Palestin merupakan negara Islam manakala Israel telah melakukan pencerobohan keatasnya. Seluruh dunia Islam diwajibkan untuk menghidup dan menggerakkan semangat jihad dikalangan masyarakat Islam untuk membebaskan Palestin dan menegakkan hukum Allah serta menolong rakyatnya. Haram bagi sesiapa dikalangan umat Islam yang menolong Israel atau memuliakan mereka bahkan haram dalam apa jua sekalipun untuk membantu mereka mendapatkan walupun hanya satu depa tanah Palestin. Mengiktiraf pembentukan negara haram Israel merupakan satu pengkhianatan kepada Allah dan Rasul serta seluruh umat Islam yang telah dipertanggugjawabkan untuk menjaganya.

BACA:  Diuji Allah Dengan Ketiadaan Zuriat. Doa Nabi Zakaria Daripada Surah Ali Imran Patut Diamalkan!

Oleh itu, wajib terhadap semua umat Islam walaupun berbeza pertuturan bahasa, warna kulit, bangsa, negara dan lain-lain untuk mengembalikan Palestin kepada rakyatnya yang sebenar. Serta wajib menolong untuk membekalkan senjata kepada para mujahidin yang berjuang dan pelbagai kelengkapan untuk menolong mereka berjihad pada jalan Allah”.

6. Syeikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam kitab “Al-Fatawa” iaitu himpunan daripada fatwa-fatwa yang telah dikeluarkannya ada menyebutkan :

“Menyebarkan kalimah Tauhid (Islam) merupakan kewajipan umum kepada seluruh umat Islam begitulah juga untuk mempertahankan negara umat Islam. Maka mengusir dan menghalau musuh daripada tanah umat Islam merupakan satu kewajipan. Menghalau Israel daripada Masjidi Aqsa dan daripada apa sahaja belenggu dan penjajahan dalam bumi umat Islam merupakan satu kewajipan. Ianya adalah satu perkara yang suci dan mulia bahkan wajib fardhu ‘ain keatas semua umat Islam”.

“Peperangan antara Arab dengan Israel merupakan jihad dan dalam masa yang sama adalah mempertahankan hak dan maruah umat Islam yang telah ditindas dan diceroboh. Sesipa yang mati maka dinilai sebagai syahid disisi Allah. Rakyat Palestin ada yang terpaksa keluar meninggalkan bumi sendiri kerana teruknya cubaan dan ujian yang menimpa mereka dalam pelbagai bentuk. Maka wajib kepada semua negara-negara Islam yang ada untuk membantu mengembalikan hak mereka. Sekiranya ada mana-mana negara umat Islam yang tidak mengambil bahagian maka ia merupakan satu jenayah terhadap Allah dan Rasul-Nya”.

7. Syeikh Yusuff al-Qardhawi dalam fatwanya yang berkaitan dengan Palestin menyebut :

“Aku ingin menegaskan bahawasanya bumi Palestin merupakan bumi umat Islam. Ianya bukan sahaja milik rakyat Palestin semata-mata tetapi milik umat Islam seluruhnya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Sekiranya satu generasi telah mengabaikan dan menyalah-gunakannya maka haram untuk seluruh umat Islam berputus asa daripada melepaskannya kepada musuh.

Sekiranya rakyat Palestin tidak mampu untuk mempertahankan hak mereka maka wajib kepada seluruh umat Islam yang lain untuk menolong mempertahankan hak tanah kelahiran mereka. Wajib menolong untuk melawan musuh dan mempertahankan Masjidil Aqsa”.

“Sekiranya kita tidak mampu untuk turun berperang dan berjuang bersama mereka maka musuhilah mereka dengan pelbagai cara untuk menolong umat Islam dengan cara penerangan dan penyampaian maklumat secara menyeluruh. Maka mana mungkin rakyat Palestin sendiri yang sanggup untuk menggadaikan hak mereka (dengan menjual tanahair mereka sendiri)”.

Firman Allah :

وما لنا ألا نقاتل في سبيل الله وقد أخرجنا من ديارنا وأبنائنا

artinya : “Mengapa kami tidak akan berperang pada jalan Allah sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami? (Al-Baqarah : 246)

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel