≡ Menu

Jangan Sesekali Tidur Lebih Daripada 8 Jam, Ini Bahayanya


 

Dulu ketika zaman belajar, biasa untuk setiap pelajar mengalami kekurangan waktu tidur kerana kekangan menyiapkan assigment, study group, aktiviti kelab serta pelbagai lagi. Kiranya nak mendapatkan 8 jam sehari memang mustahil. Bila sudah settle kesemua tugasan, hujung minggu mahu ‘topup’ tidur sepuas-puasnya. Tapi tahukah tidak baik jika tidur lebih daripada 8 jam?

Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Namun begitu, apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidur terlalu lama dan melebihi waktu yang disyorkan? Menurut portal kesihatan hellodoktor.com, ini yang akan terjadi pada anda.

BACA:  Kulit Kayu Manis. Rempah Ratus No. 1 Paling Tinggi Antioksidan

Pening Kepala
Anda pernah mengalami keadaan di mana bila bangun selepas tidur yang lama terasa pening kepala, terasa berdenyut? Keadaan ini disebabkan oleh neurotransmitter di dalam otak termasuklah serotonin yang akan terkesan akibat tidur yang terlalu lama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sakit Belakang
Satu lagi bahaya mengundang jika anda tidur lebih daripada 8 jam seharian, sakit belakang. Hal ini berlaku disebabkan baring terlalu lama dan kekurangan aktiviti fizikal. Jika ini terjadi, kurangkan waktu tidur anda kepada jam yang disyorkan dan lebihkan bersenam.

Obesiti
Jangan tak tahu tidur berlebihan berkait rapat dengan obesiti. Bayangkan sahaja keadaan anda tidur, bangun dan makan, langsung tidak melakukan aktiviti senaman seharian. Menguatkan lagi apabila kajian menunjukkan individu yang tidur selama 9 hingga 10 jam sehari akan lebih berisiko sebanyak 21% mengalami obesiti berbanding individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam sehari.

Kematian
Satu kajian baru menunjukkan terlalu banyak tidur mungkin meningkatkan risiko penyakit jantung dan kematian awal. Kajian membuktikan bahawa individu yang tidur sekitar 9 ke 10 jam sehari mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding individu yang tidur pada waktu yang disarankan, iaitu sekitar 8 jam sahaja sehari.

Sebaiknya dapat tidur yang cukup setiap hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel