≡ Menu

Jangan Sesekali Makan Roti Berkulat Dengan Membuang Sahaja Bahagian Terkena Kulat


Roti yang sudah tamat tarikh luput sudah tentunya tidak boleh dimakan lagi kerana tidak selamat untuk tubuh badan. Namun ada juga di antara kita yang masih memakan bahagian bersih pada roti berkulat dengan alasan masih elok dan tidak dicemari dengan bakteria.

Tetapi tahukah anda, tabiat itu mengundang bahaya kerana sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat. Akar kulat yang dikenali sebagai ‘hyphae’ telah menjalar di semua bahagian roti. Ikuti perkongsian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan seperti di bawah.

BACA:  Penawar Anxiety Ada Dalam Surah Ad-Dhuha! Subhanallah, Lembut Cara Allah Menegur Kita Dalam Al-Quran

Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ pada Roti Berkulat

Sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat. Ini adalah kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan . seperti cendawan , kulat juga mempunyai ‘topi’ yang mudah dikesan dengan mata kasar.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun akarnya yang tersembunyi dikenali ‘hyphae’ adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti , maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat !

BACA:  Ingat Ya, Jangan Sesekali Tabur Bunga Di Atas Pusara!

Anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakan roti yang telah berkulat. Pastikan cek tarikh luput roti sebelum membeli dan walaupun belum tarikh luput , pastikan roti anda tidak berkulat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel