≡ Menu

JANGAN PERNAH MEMBERIKAN UBAT-UBATAN INI KEPADA BAYI!!


Kebanyakan daripada kita golongan ibu bapa muda khususnya kurang peka tenatng kesihatan anak-anak.

Kita mudah panik dan dari situu bakal timbulnya masalah yang lebih serius apabila kita terlalu mudah mendapatkan ubat-ubatan daripada farmasi mahupun pasaraya terdekat tanpa merujuk doktor terlebih dahulu. Dek terlalu ‘liat’ membawa anak pergi mendapatkan pemeriksaan yang terperinci di klinik, rata-ratanya memilih jalan mudah dengan memberi ubat yang boleh dibeli dan didapatkan secara mudah di kedai terutamanya ubat demam dan ubat batuk.

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya tidak boleh sesuka hati memberi ubat kepada bayi dan kanak-kanak?

Menurut pemahaman saya, ini 7 ubat yang dilarang doktor untuk dimakan atau diminum bayi dan kanak-kanak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 Aspirin

Jika tersilap langkah dengan memberi aspirin kepada bayi dan kanak-kanak, mereka berisiko menghidap penyakit yang ‘jarang berlaku’ dipanggil Reye’ Syndrome.

Hati-hati aar tidak memberi mereka sebarang ubat aspirin atau mana-mana ubatan yang mengandungi salicylate, acetylsalicylate, acetylsalicylic acid, salicylamide and phenyl salicylate.

#2 Ubat Tahan Muntah

Ibu bapa sering menggalakkan anak-anak untuk mengambil pil tahan muntah lebih-lebih lagi sewaktu ingin melancong. Hal itu adalah salah kerana ia bakal beri bayi dan anak-anak anda kesan sampingan.

#3 Ubat Batuk, Selesema & Demam Dari Kedai

Kajian mendapati ubat demam, batuk dan selesema yang dibeli di kedai kurang sesuai diberi pada bayi atau kanak-kanak bawah empat tahun. Mereka mudah mendapat kesan sampingan dan mungkin terlebih dos.

#4 Ubat Farmasi

Biarpun ia dijual di rak farmasi jangan terlalu mudah terpengaruh. Tak semestinya ia sesuai untuk bayi dan anak kecil.

#5 Ubat Yang Diberi Atas Nama Orang Lain

Apabila terlalu malas untuk membawa anak ke klinik, ibu bapa gemar menggunakan ubat mereka atau ubat yang tersimpan lama di dapur yang pernah diberi atas nama orang lain kepada anak-anak kecil atau bayi mereka.

Adalah sangat bahaya memberi ubat-ubatan (kongsi) milik orang lain kepada bayi. Sila elak!

BACA:  Wahai Orang Islam. Jangan Tidur Sebelum 4 Perkara Ini Selesai Kamu Lakukan!

#6 Pil atau Tablet Mudah Kunyah

Doktpor dan pakar sama sekali melarang anda untuk memberi anak ubatyang berbentuk pil, biarpun ia adalah tablet atau pil mudah kunyah sekalipun. Ini bagi mengelak anak tertelan dan tercekik kerana mereka sukar mengawal pergerakan makanan yang berbentuk sfera dalam mulut.

#7 “Antihistamines”

Antihistamines adalah sejenis elemen (dadah) yang digunakan untuk membuat ubat. Ia dimanfaat untuk mengawal alah dan adalah sangat ditengah untuk memberinya kepada kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah. Antihistamines jika tidak diguna dnegan betul akan menyebabkan ngantuk yang keterlaluan.

Malang tidak berbau dan ibu bapa harus sentiasa peka dengan keperluan anak-anak. Jika terdapat masalah, bawa sahaja mereka ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat yang bertepatan.

 

SUMBER: WANISTA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel