≡ Menu

Jangan Malu Kalau Berasal Dari Kampung, Kerana Anda Ada Apa Yang Orang Bandar Cari-Cari Selama Ini.


Rakyat Malaysia yang menetap di luar bandar didapati lebih bahagia berbanding penduduk di kawasan bandar, menurut satu kajian oleh Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar (MURNInets) pada 2018.

Dapatan itu diperoleh apabila 72 daripada 101 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dalam kajian itu mencapai tahap bahagia dan 40 daripada 72 PBT yang mencapai tahap bahagia itu adalah dalam kategori Majlis Daerah.

Baki jumlah PBT yang dicatatkan mencapai tahap bahagia dalam kajian itu ialah 32 di mana 26 daripadanya dalam kategori Majlis Perbandaran dan hanya enam dalam kategori Majlis Bandaraya.

BACA:  5 Langkah Bagi Anda Menghilangkan Was-Was Semasa Solat Dan Wuduk

Kajian itu membabitkan 31,733 responden di 11 negeri Semenanjung Malaysia dengan mengambil kira aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran, pengurusan kewangan, aktiviti komuniti, keselamatan, penyediaan kemudahan masyarakat, perkhidmatan PBT, perkhidmatan wakil rakyat dan kualiti alam sekitar di kawasan itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dapatan kajian itu juga menyatakan 10 kawasan PBT yang paling bahagia mengikut ranking ialah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Terengganu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Selangor), Majlis Perbandaran Manjung (Perak), Majlis Daerah Batu Gajah (Perak), Majlis Perbandaran Bentong (Pahang), Majlis Perbandaran Jasin (Melaka), Majlis Daerah Jeli (Kelantan), Majlis Perbandaran Segamat (Johor), Majlis Daerah Padang Terap (Kedah) dan Majlis Daerah Bandar Baharu (Kedah).

BACA:  Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah? Ramai Yang Tidak Tahu Hukum Sebenar Rugi Tak Baca!

Dapatan kajian itu turut menyatakan secara keseluruhan 81.5 peratus daripada semua responden di 11 negeri yang terlibat dalam kajian ini mencapai tahap bahagia.

MURNInets yang dikendalikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) digunakan bagi mengukur tahap kemampanan sesebuah kawasan yang terletak di bawah pentadbiran PBT.

— BERNAMA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel