Maryam Soolihah ni dah nak masuk umur 4 tahun tapi saya tak paksa dia membaca dan saya takkan paksa pun dia bergaya.
Sebab anak kita bukannya MINI ADULTS!
Anak kita takkan jadi bodoh hanya kerana tak pandai membaca lagi walaupun dah berumur 6 tahun. Anak kecil kita takkan jadi selekeh seumur hidup hanya kerana kita tak pandai gayakan mereka.
Masa kecil ni la waktu mereka nak selekeh bermain tanah, tangkap cengkerik, kejar kucing dan berguling di padang. Biarkan semua aktiviti ‘kotor dan jijik’ tu mendewasakan otot dan mematangkan saraf mereka.
Jangan hanya kerana kita nak anak kita nampak pandai di mata orang dan jadi ‘Insta-worthy’ untuk ditayang di Istagram, akhirnya anak kita terima akibatnya bila dah besar nanti.
Ingat, anak kita ni amanah. Mereka ada fitrah yang perlu kita jaga. Jangan sampai kita memaksa anak kecil kita menjadi dewasa hanya untuk dilihat sempurna di mata manusia!
Taufiq Razif
Cuba Menghargai Fitrah Anak Sendiri
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel