≡ Menu

Jangan Jadikan Guru Sebagai Bahan Zina Mata. Tolong Hormati Mereka


1. DAVID TEO dikatakan akan menerbitkan satu filem/drama berjudul Cikgu Suraya. Paparan promosi filem ini di Instagram beliau walaubagaimanapun telah mendapat kritikan awam. Ini kerana penampilan watak guru tersebut seakan tidak menampilkan perwatakan guru dengan etika terhormat. Ketahuilah bahawa guru adalah profesyen yang sangat mulia. Guru bukan bahan zina mata!

2. Allah mengingatkan kita melalui al-Quran supaya menjauhi zina. Bagi merealisasikan perkara ini, Rasulullah menjelaskan kepada kita pintu-pintu yang boleh membawa kepada zina. Dalam sebuah hadith, Rasulullah berpesan:

إن الله كتب على ابن آدم حظه من الزنا أدرك ذلك لا محالة فزنا العينين النظر

BACA:  Tak Ramai Tahu Kegunaan Tomato Untuk Kulit Bebas Jerawat! Ini Caranya

“Sungguhnya Allah telah menetapkan buat anak Adam sebahagian dari perkara zina yang akan dialami mereka, ia bukan suatu yang mustahil. Zina buat kedua mata mereka adalah penglihatan.” (HR al-Bukhari)

3. Melalui hadith ini, Rasulullah mengingatkan kita bahawa tenungan atau pandangan seseorang kepada sesuatu boleh membawa kepada zina. Bahkan Rasulullah secara spesifik menetapkannya sebagai zina mata.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Seorang sahabat Nabi, Jabir ibn Abdillah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang perkara ini:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نظر الفجاءة فأمرني أن أصرف بصري

“Aku bertanya kepada Rasulullah tentang melihat “pandangan mengejut” (seorang lelaki yang melihat seorang perempuan tanpa sengaja), maka Rasulullah meminta aku supaya mengalihkan pandangan aku (dari perempuan tersebut).

BACA:  Gemar Makan Kimchi? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu. Yang Last Tu Mesti Ramai Terkejut

5. Melalui hadith Jabir ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa seorang lelaki seharusnya mengalihkan pandangan mereka dari menenung, menatap wajah wanita yang bukan mahram. Ia bagi menjaga hati mereka.

6. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memuliakan guru. Para salaf terdahulu sangat menghormati guru mereka. Guru tidak sepatutnya ditampilkan dengan perwatakan yang salah atau keji sehingga memberikan gambaran yang salah terhadap anak-anak dan masyarakat.

Semoga Allah memartabatkan para guru kita dan menyucikan hati para mukmin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel