≡ Menu

Jangan Gunakan Alasan Hak Asasi Untuk Membenarkan LGBT. Umat Islam Harus Baca



BARU-BARU ini, penulis menghadiri program latihan oleh Insitut Kepemimpinan Zaaba (Zaaba Institute of Leadership) untuk mendapat pencerahan mengenai perkembangan semasa mengenai gerakan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex and Queer (LGBTIQ).

Gerakan ini menggunakan kerangka kerja hak asasi manusia untuk menuntut hak mereka mengamalkan orientasi seksual dan identiti gender mereka. Tambahan pula, di negara kita kini hangat dibincangkan mengenai kedudukan moral pengamal LGBTIQ ini.

Anthony Julius di dalam karya beliau The End of the Diaspora (2010) menegaskan bahawa wacana hak asasi manusia kini mendominasi hal ehwal politik (sesebuah negara) menerusi gerakan hak asasi manusia.

Ia agama sekular yang baru masa kini. Antara agenda gerakan hak asasi manusia ini ialah melaksanakan kempen dan inisiatif untuk mengiktiraf LGBTIQ.

Di Malaysia, sebahagian pemimpin beragama Islam juga mula membincangkan topik LGBTIQ dengan lebih terbuka. Ada dalam kalangan mereka yang menyatakan bahawa LGBTIQ sekadar dosa peribadi dan bukan dosa awam. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan.

Sepatutnya, pemimpin Islam perlu berwaspada dalam mengemukakan pandangan, termasuklah perlu menyaring dengan teliti prinsip yang terkandung di dalam ideologi hak asasi manusia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hak asasi manusia ini berasaskan sekularisasi yang memisahkan agama dan autoriti, memberikan kebebasan kepada kehendak hati manusia tanpa batas. Apabila kita membahagi-bahagikan dosa sebagai dosa peribadi dan dosa awam, ia hanya membuka langkah kepada sekularisasi Islam, sedangkan Islam agama yang sempurna (syumul) merangkumi aspek peribadi dan pemerintahan.

Dosa peribadi LGBTIQ

Untuk kes yang pengamal LGBTIQ tidak menguar-uarkan perbuatan mereka secara umum, (mungkin ini yang dimaksudkan sebagai pengamal dosa LGBTIQ secara peribadi); kita boleh merujuk garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menyantuni golongan LGBTIQ menerusi dokumen terbitan JAKIM ‘Memahami LGBT dari Perspektif Muslim’.

Bahkan pelbagai jabatan agama, institusi akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam giat melaksanakan program untuk menjemput pengamal LGBTIQ kembali kepada fitrah Islam. Namun, usaha sebegini pula dianggap oleh aktivis LGBTIQ berasaskan hak asasi manusia sebagai melanggar hak asasi mereka.

BACA:  Menyusu Ketika Demam. Boleh Ke Tidak? Ini Ibu Perlu Tahu

Seorang aktivis tegar LGBTIQ, Nisha Ayub daripada pertubuhan Justice for Sisters dengan terang-terangan membantah akademi kajian LGBTIQ di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menyatakan ia melanggar hak asasi manusia.

Nisha Ayub menolak ‘hak asasi’ pengamal LGBTIQ yang memilih pendekatan membetulkan (corrective approach) melalui pendekatan agama. Katanya, istilah ‘balik ke pangkal jalan’ itu seperti menguatkan persepsi diskriminasi kepada pengamal LGBTIQ.

Dosa awam

Pada hari ini, kita dapati bahawa LGBTIQ bukan sekadar dosa peribadi. Ia sudah menunggang di atas agenda hak asasi manusia untuk memaksa semua orang mengiktiraf gaya hidup mereka, bahkan diberikan ruang untuk mempromosi dan mengajak lebih ramai orang ke arah orientasi seksual dan identiti jantina LGBTIQ.

Dengan itu, gerakan LGBTIQ tanpa segan silu menyeru “… hendaklah dengan kadar segera memansuhkan segala undang-undang dan peraturan yang secara langsung atau tidak langsung yang mensabitkan LGBTIQ sebagai kesalahan atau jenayah, begitu juga kepada orang yang mengamalkan identiti dan ekspresi gender yang pelbagai, termasuk individu interseks.(Kita perlu) mengharmonikan undang-undang negara dengan instrumen, polisi dan pengamalan berkait hak asasi manusia.”

Kita maklum bahawa di Malaysia, kita mempunyai enakmen syariah yang meletakkan gaya hidup LGBTIQ sebagai suatu kesalahan. Contoh kesalahan di bawah enakmen itu ialah lelaki berlagak seperti wanita, perhubungan jenis luar tabii, musahaqah dan liwat. Mengikut kerangka hak asasi manusia, enakmen syariah seperti ini perlu dimansuhkan.

Pengaruh asing

Sekiranya kita belajar daripada pengalaman LGBTIQ di Amerika Syarikat (AS), gerakan LGBTIQ mereka bermula seawal 1924 untuk menormalisasi hak homoseksual. Saban tahun, gerakan LGBTIQ membina pengaruh dengan menubuhkan pelbagai jaringan masyarakat sivil.

Gerakan LGBTIQ juga mengenakan tekanan demi tekanan kepada pemimpin dan masyarakat di Amerika Syarikat (AS) dengan melakukan pemberontakan dan protes sehingga mengambil pendekatan radikal alamilitan dengan melakukan rusuhan, serangan dan vandalisme terhadap sebarang persidangan dan pertubuhan yang bermaksud mengekang gerakan LGBTIQ.

BACA:  Guna Buah Kundur Untuk Kesan Kehadiran Makhluk Halus! Subhanallah

Kemudian, gerakan LGBTIQ ini juga akan menggunakan kuasa, iaitu melalui pindaan undang-undang bagi mengiktiraf permintaan mereka seperti perkahwinan sejenis.

Gerakan LGBTIQ di Malaysia banyak mendapat sokongan dan naungan dari gerakan LGBTIQ di AS. Bahkan, sebuah bandar di Amerika Syarikat, San Diego meraikan 5 April setiap tahun sebagai Hari Nisha Ayub.

Nisha Ayub, seorang aktivis LGBTIQ di Malaysia juga mendapat anugerah daripada Setiausaha Negara AS dalam kategori ‘International Women of Courage Award’. Hendaklah kita cakna dan menginsafi perkembangan yang berlaku di sana, supaya tidak berlaku di negara kita.

November ini, Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) yang dianggotai 52 pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia membawa tuntutan untuk memberi hak LGBTIQ. Mereka menggunakan platform Semakan Berkala Sejagat yang dianjurkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengenakan tekanan ke atas negara kita Malaysia bagi mengiktiraf kedudukan LGBTIQ.

Kita mengharapkan bahawa umat Islam di Malaysia dan pemimpin Islam menyedari bahawa tindakan sebegini bukan lagi boleh dikira sebagai dosa awam. Ia sebuah ancaman yang boleh merosakkan jati diri negara yang berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan.

Wacana hak asasi manusia yang sepatutnya menjadi juara untuk hak asasi sebenar seperti isu kebuluran, peperangan, peluang pendidikan, peluang kesihatan, pembersihan etnik dan penjajahan; kini digunakan untuk membincang hal sebahagian orang yang tidak mampu mengawal nafsu syahwat mereka.

Semoga semua lapisan rakyat Malaysia, terutama umat Islam, daripada rakyat biasa ke pimpinan tertinggi, bijak dalam menangani hak asasi manusia yang kini menjadi ladang penternakan agenda LGBTIQ.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel