6 BENDA IBU AYAH PERLU TAHU PASAL DEMAM TINGGI:
1. DEMAM VIRUS
– Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
– Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
– Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik😂
– Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa 😝
– Kekuatan virus takleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik #vitaminC-rich food.
2. MONITOR
– Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
– Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
– Kalau demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
– Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.
3. UBAT DEMAM
– Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
– Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.
4. JELUM
– Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
– Air suhu bilik je pun OK
– Pastu dah jelum dengan tuala basah, #jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak😂 nanti haba lagi terperangkap takleh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia😅
– Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak
5. DENGGI?
– Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
– Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik😁
6. RUAM
– Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
– Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
– Tapi kalau takut ruam lain eg campak, ruam sebab denggi, etc, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa😊
#JemputShareKalauBermanfaat
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel