≡ Menu

Israel Bantu Myanmar Membunuh Muslim Rohingya


Israel merupakan dalang kepada penjualan senjata kepada tentera Myanmar. Walaupun tindakan Israel dikecam dunia kerana situasi ini telah memburukkan situasi penghapusan etnik minoriti Muslim Rohingya yang tinggal di Myanmar. Menurut Haaretz, Kementerian Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata kepada media “Perkara ini hanyalah demi hubungan diplomatik antara dua pihak” walaupun telah di tentang melalui petisyen-petisyen difailkan oleh aktivis hak asasi kemanusiaan.

Antara senjata yang dijual kepada tentera Myanmar adalah 100 Kereta Kebal, Senjata dan bot-bot yang jelas sekali digunakan untuk menyerang sempadan negara dan melakukan keganasan terhadap etnik Rohingya. UN (PBB) mengesyaki pihak tentera Myanmar adalah dalang kepada tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini . Senjata-senjata yang dijual ke Myanmar termasuk lebih dari 100 tangki, senjata dan bot yang digunakan untuk menyerang sempadan negara dan melakukan pelbagai tindakan keganasan terhadap Rohingya, sehingga PBB mengesyaki tentera melakukan pembersihan etnik.

BACA:  Hukum Karma: Boleh Ke Orang Islam Percaya? Baca Dengan Teliti

Dalam pertemuan dengan Kementrian Pertahanan Israel pada Jun lalu, Israel mendakwa tindakan beliau tidak melanggar mana-mana polisi Israel didalam usaha- usaha Israel untuk “menerangi dunia dan memerangi kegelapan”.

Di Rantau Rohingya, ketegangan berlaku antara penduduk Budha dan Muslim yang telah bermula sejak tahun 1990-an dan keteganan ini berterusan sehingga sekarang. Muslim Rohingnya ditindas sehabis-habisan dan sedang menghadapi cabaran pembersihan etnik di rantau itu. Rantau ini menyaksikan ketegangan di antara penduduk Buddhis dan Muslim sejak keganasan komunal pecah pada tahun 2012, walaupun Rohingya telah melarikan diri dari penindasan di Myanmar sejak 1990-an.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Data PBB menganggarkan bahawa kira-kira 90,000 anggota muslim Rohingya terpaksa melarikan diri dari kampung halaman, kerana takut kerana hidup mereka dikecam dan kampung mereka dibakar. NGO telah merakamkan tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Myanmar yang melibatkan rogol beramai-ramai, pemenggalan kepala dan pembakaran orang awam, termasuk bayi.

BACA:  Netanyahu Tolak Deklarasi OIC Isytihar Baitulmaqdis Ibu Kota Palestin

Kerajaan Myanmar yang dipimpin oleh Ang San Suu Kyi (Penerima Anugerah Nobel Keamanan) menuduh etnik Rohingya telah memasuki dan berkeliaran secara haram di negara itu dan menafikan tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negara itu. Suu Kyi juga dikutuk orang ramai kerana pendirianya memihak kepada tentera Myanmar dan diseru untuk dibatalkan Hadian Nobel yang di anugerahkan kepada beliau.

Sumber: Middle East Monitor

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel