Hampa tau dak apabila Firaun mengaku dirinya Tuhan, Iblis pengsan, lari dan tidak mahu lagi berdamping dengan Firaun. Ini kerana iblis takut akan kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan kerana ada manusia berani mengaku dirinya tuhan.
Hampa tau dak sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir a.s?
Kalau hampa nak tau namanya Yusha’ iaitu anak murid kepada Nabi Musa sendiri
Hampa tau dak matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as ketika menjelang waktu maghrib.
matahari berhenti
Kehebatan setiap nabi kita tidak boleh nafikan
Hampa tau dak sapa itu Qorun?
Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan. Dia ni merupakan sepupu kepada Nabi Musa a.s. Qorun ni sangat kaya hinggakan kaumnya dikalangan bani Israel irihati terhadapnya. Namun Qorun ni suka menunjuk-nunjuk kekayaannya.
Hampa tau dah banyak mana kekayaan Qorun?
Kaya tak kaya Qorun ni hinggakan anak-anak kunci untuk menyimpan harta kekayaannya harus dipikul oleh sejumlah orang-orangnya yang kuat. (Surah Al-Qasas: 76)
Hampa tau dak apa yang membuatkan Qorun tu berpaling tadah?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa a.s.
Hampa tau dak macamana Qorun ni m4ti?
Dia m4ti bersama pengikut-pengikutnya dan serta harta-hartanya kerana menfitnah Nabi Nusa berzina. Dia ditelan bumi sikit demi sedikit. Baghu dia tau!! Lokasi tempat dia tenggelam adalah di daerah Al-Fayyum, sekitar 90 km dari Kaherah.
Harta Karun
Di tasik inilah difahamkan Allah swt menenggelamkan Qorun
Hampa tau dah Tasik Qorun ni?
Nama tasik itu adalah Bahirah Qarun atau Laut Qarun yang sangat luas. Panjangnya kira-kira 30 km dengan lebar sekitar 10 km manakala dalamnya mencapai 30 hingga 40 meter.
Hampa tau dak sapa Firaun?
Firaun ni adalah ayah angkat kepada Nabi Musa a.s dan suami kepada wanita teragung dunia iaitu Asiah.
Hampa tau dak asal nama Nabi Musa a.s?
Nama Nabi Musa a.s bersempena nama pokok (Mu) dan air (Sa) Nabi Musa a.s dihanyutkan dalam bekas dan tersangkut di situ (dalam Sungai Nil). Di kawasan istana Firaun.
Sungai Nil
Sungai Nil yang menghanyutkan Nabi Musa kepada Keluarga Firaun
Hampa tau dak Nabi Musa berada di langit ke berapa?
Kalau hampa nak tau Nabi Musa as duduk di langit yang ke enam.
Hampa tau dak Firaun?
Dia sanggup dan pernah membina menara yang sangat tinggi semata-mata untuk melihat tuhan Nabi Musa a.s. Pada ketika inilah dia mengaku bahawa dia tuhan. (Surah An-Nazi’at: 24)
Hampa tau dak Firaun ni?
Dia tak pernah sakit, tak pernah bersin dan tak pernah menguap. Mudah cerita yang melemahkan ni semua dia tak pernah rasa. Kalau tau mesti dia menyesal nikmatnya bersin kan.
Hampa tau dak Firaun pernah juga bertaubat?
Masa tu dia dah nak tenggelam dah di Laut Merah, dan rohnya telah sampai ke halkum. Masa itu taubat dan tak lagi diterima oleh Allah. Taubat itu penyesalan tetapi Firaun taubat kerana ketakutan.
Laut Merah terbelah dua
Gambar Hiasan. Ilustrasi bagaimana keadaan Laut Merah terbelah dua. Ketika hampir tenggelam, Firaun bertaubat namun tidak diterima Allah
Hampa tau dak pasai piramid di Mesir tu?
Piramid tu merupakan kubur kepada orang-orang kanan Firaun. Itu baru kubur. Agak-agak rumah mereka besar mana pulak? Allah tinggalkan saki baki yang ada untuk kita ambil pngajaran.
Hampa tau dak sebab apa iblis tak pernah mengaku diri mereka tuhan?
Iblis tahu Allah swt yang ciptakan mereka daripada api mana mungkin dia nak mengaku diri dia tuhan. iblis ni mengenal Allah swt tak macam Firaun dan sesetengah golongan manusia sekarang. Buat malu ja kat Iblis. (Surah Al-A’raf: 12)
Hampa tau dak sebab apa iblis tidak minta hidup selama-lamanya?
Iblis tahu perbendaharaan Allah swt yang maha pencipta. Iblis ni dulu sangat alim dan merupakan ahli ibadah. Iblis ada ilmu dan atas sebab itu mereka yakin dunia akan kiamat. Jadi mereka minta tempoh untuk hidup sampai hari kiamat saja. (Surah Al-Hijr ayat 36)
kiamat
Iblis tidak mengaku dirinya tuhan dan percaya kepada hari kiamat.
Hampa tau dak selepas iblis minta tempoh itu apa Allah lakukan?
Allah swt perkenankan permintaan iblis ketika itu jugak. Iblis dah jadi musuh Allah dan manusia.
Moralnya Apadia?
Kalau doa dan permintaan iblis ketika dia sedang menderhaka kepada Allah pun Allah perkenankan, kenapa kita ni malas sangat nak berdoa.
Kita adalah manusia dan umat kepada kekasih Allah. kita mempunyai kelebihan tu. Kita adalaha antara umat yang paling Allah sayang mengatasi umat-umat yang terdahulu. Jadi sangat rugi kalau kita malas BERDOA.
Kita sudah rasa cukup ke apa yang kita ada sekarang sampai sombong sangat tak mau minta dah. Berdoa lah jangan jemu dan malas. Inysa-Allah akan diperkenankan tanpa kita sedar. Dia ye kawan-kawan!
doa
Jangan sesekali sombong dengan Allah. berdoa dan mintalah kepadaNya. Sedangkan permintaan Iblis yang derhaka Allah perkenankan.
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s?
Baginda adalah cicit Nabi Idris a.s. Beliau hidup 950 tahun. (Surah Al-Ankabut: 14)
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s?
Baginda mempunyai empat orang putera. Baginda bukan sahaja ditentang hebat oleh kaumnya bahkan oleh juga ahli keluarganya sendiri terutama dari isteri dan anak sulung.
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s?
Di dalam Al-quran Allah sebut nama baginda sebanyak empat puluh tiga (43) kali. Baginda adalah antara Nabi Ulul Azmi sebelum Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s ni?
Baginda malu kepada Allah swt kerana hanya mempunyai 83 orang pengikut sahaja walaupun telah berdakwah selama beratus tahun.
Hampa tau dak lagi pasai Nabi Nuh a.s?
Baginda malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umatnya yang ingkar kepada arahannya. (Surah Nuh: 26).
banjir besar
Doa Nabi Nuh dimakbulkan Allah bagi menghukum kaumnya yang ingkar. Gambar sekadar hiasan
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s?
Syirik kepada Allah telah bermula sejak zaman baginda. (Surah Nuh: 23 dan 24)
Anda boleh muat turun apps ‘Al Quran Melayu’ yang terdapat dalam google apps. Aplikasi ini sangat friendly user. Senang untuk anda semak surah-surah di atas.
Kalau boleh dalam telefon bimbit kita jangan hanya dipenuhi dengan aplikasi game dan media sosial je. Banyak sangat kemudahan dan nikmat yang Allah bagi kat kita. Dengan apss ni rasanya tidak ada wuduk pun boleh pegang dan baca al-quran.
Jangan kita lupa nikmat yang Allah bagi. (Surah Ar-Rahman: 13). Ayat ini disebutkan di dalam surah ini sebanyak 31 kali. Tak takut ke kita Allah tanya?
Hampa tau dak Nabi Nuh a.s?
Kaum Nabi Nuh yang ingkar dulu Allah swt turun bala dengan ribut taufan dan banjir. Mereka juga akan dimasukkan ke dalam neraka. (Surah Nuh: 25)
Hampa tau mana kata Nabi Nuh a.s buat bahtera?
Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s akan perihal bahtera tersebut. (Surah Hud: 37)
Panjang kapal itu 1200 hasta, lebar kapal itu adalah 600 hasta. Bahtera itu mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.
Tingkat pertama bahtera dipenuhi dengan haiwan, tingkat kedua untuk Nabi Nuh a.s dan kaumnya dan tingkat ketiga untuk burung-burung dan unggas.
Bahtera Nabi Nuh
Ilustrasi Bahtera Nabi Nuh
Hampa tau dak pasai ni?
Nabi Nuh a.s mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi pada masa itu. Namun terlupa. Kemudiannya baginda mendoakan burung gagak itu supaya terus dibenci manusia. Kita tak sekarang macamana?
Hampa tau dak pasai burung merpati pula?
Nabi Nuh a.s telah mengutuskan burung merpati. Burung-burung merpati tadi membawa balik sesuatu kepada baginda. Yang dibawa burung merpati adalah pohon zaiton diparuhnya dan pohon tinn di kakinya.
Nabi Nuh a.s mendoakan agar burung merpati disukai dan disenangi oleh manusia. Hampa suka dak burung merpati?
Percayalah bahawa bumi yang kita pijak sekarang ini satu ketika dulu pernah di tenggelami air yang dahsyat. (Surah Nuh: 27 dan 28).
merpati
Terbukti burung merpati disenangi oleh manusia
RUMUSAN
Ambil lah kisah-kisah di dalam Al-quran atau kisah Nabi untuk dijadikan hero atau teladan kepada anak-anak kita. Cukup-cukup lah dengan cerita frozen mauna marvel untuk dijadikan “bed time story”.
Antara sikap Imam syafie ialah, semakin aku tahu akan sesuatu ilmu maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa-apa.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel