Sebelum ini penulis ada melaporkan perihal Kim Kardashian memakai dress korset sehingga langsung tidak boleh duduk dan membuang air kecil, bahkan memudaratkan kesihatan.
Ternyata hal itu telah mengundang ramai masuk campur. Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menulak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk. Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.”
Difahamkan beberapa kajian telah melaporkan bahawa tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada tubuh. Kebiasaan pakaian ketat dapat menekan sistem limfatik (saluran limfatik), sistem saluran darah, organ dalam tubuh, otot, tisu penghubung lain, dan saraf tertentu. Ini sememangnya boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda, dari peredaran udara, masalah perut, atau masalah kulit.
Berikut adalah bahaya yang mungkin anda hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.
Mengganggu Kesihatan Perut
Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia. Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus). – Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.
Penyakit Meralgia Paresthetica
Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN). Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar. Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.
Nyeri Pada Anggota Badan
Pakaian ketat dan saiz yang salah (terlalu kecil) boleh menjadi buruk untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara anda tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra. Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.
Gejala Lain
Bila anda mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.
Sakit perut semasa memakai skinny jeans
Mengalami masalah pencernaan
Ruam pada kulit
Sakit kepala akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat
Punggung anda sakit dan nyeri
Jika anda berterusan mengalami seperti keadaan di atas, kurangkan pemakaian ketat secara berperingkat. Ingat nak cantik kena berpada-pada, jangan sampai tidak ambil peduli tentang kesihatan.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel